{"id":13372,"date":"2017-10-21T17:59:39","date_gmt":"2017-10-21T09:59:39","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=13372"},"modified":"2017-10-21T17:59:39","modified_gmt":"2017-10-21T09:59:39","slug":"perajurit-muda-benteng-pertahanan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2017\/10\/21\/perajurit-muda-benteng-pertahanan-negara\/","title":{"rendered":"Perajurit Muda Benteng Pertahanan Negara"},"content":{"rendered":"<p><strong>NEGERI SEMBILAN:<\/strong> Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Zulkiple Hj Kassim menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Lelaki Siri 183\/2017 serta PM Wanita Siri 43\/2017 yang berkekuatan seramai 1,359 anggota terdiri daripada 1,314 lelaki berserta 45 wanita diiringi gabungan pancaragam dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Armor Diraja di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 21 Okt 2017.<\/p>\n<p>Pelaksanaan perbarisan ini menandakan bahawa PM kini telah terlatih dan diperlengkapkan dengan pengetahuan serta kemahiran asas ketenteraan bagi melahirkan PM yang lengkap dengan pembentukan keperibadian ketenteraan, kekuatan mental dan fizikal, keyakinan diri, berketerampilan, berdisiplin dan patuh pada arahan sebelum diserapkan dalam pelbagai Kor Tentera Darat selepas dilatih selama enam bulan.<\/p>\n<p>Anugerah PM Keseluruhan Terbaik dianugerahkan kepada PM Mohamad Amirul Ridzuan Shmuri\u00a0diikuti Perajurit\u00a0Muda Akademik Terbaik diberikan kepada PM Nor Fakhrina Abd Razak\u00a0manakala Perajurit Muda Kecergasan Jasmani Terbaik jatuh kepada PM Md. Ikhwan Aslinee\u00a0dan Perajurit Muda Kawad Terbaik menjadi milik PM Mohd Nur Hidayat Razlan\u00a0serta Perajurit Muda Penembak Terbaik dianugerahkan kepada PM Nur Izlan Firdaus Rozaki.<\/p>\n<p>Dalam ucapan PTD, beliau\u00a0mengucapkan tahniah dan syabas kepada para PM kerana telah berjaya mengharungi latihan asas ketenteraan dengan penuh komitmen, kesabaran, usaha gigih dan bersemangat semata-mata untuk merealisasikan impian menjadi seorang anggota Tentera Darat Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Bertepatan dengan kata-kata di sini lahirnya pahlawan, saya mahukan padang ini menjadi saksi kepada semangat kental saudara-saudari sekalian dalam menempuh onak dan duri di sepanjang perjalanan kerjaya\u00a0saudara-saudari kelak serta menjadikan sifat kepahlawanan pahlawan-pahlawan negara ini sebagai satu ikutan dan pencetus semangat untuk kita berdiri teguh sebagai benteng pertahanan negara,&#8221; tegasnya.<\/p>\n<p>Selain itu, PTD amat mementingkan peranan dan tanggungjawab menjadi seorang anggota TD bukan hanya nampak gah pada pakaian seragam yang dipakai, tetapi juga melibatkan aspek nilai-nilai murni dalam diri, keikhlasan dalam melaksanakan tugas serta kegigihan untuk mencapai sasaran serta pengekalan tahap disiplin yang baik agar kematangan imej serta keterampilan warga TD akan terus terserlah dan mampu meningkatkan lagi keyakinan rakyat seluruhnya.<\/p>\n<p>Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato\u2019 Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Dato Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato&#8217; Wira Md Tajri Alwi, pegawai kanan TD dan keluarga PM.<\/p>\n<p><strong>Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali, Sjn Saiful Fazley Rusli dan LKpl Ainur Aisyah Yahaya.<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Zulkiple Hj Kassim menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda (PM) Lelaki Siri 183\/2017 serta PM Wanita Siri 43\/2017 yang berkekuatan seramai 1,359 anggota terdiri daripada 1,314 lelaki berserta 45 wanita diiringi gabungan pancaragam dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dan Kor Armor Diraja di &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13386,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,28],"tags":[123,973,561,106,446,54,87,105],"class_list":["post-13372","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-semasa","tag-perajurit-muda","tag-perbarisan-tamat-latihan","tag-pltd","tag-pmbtd","tag-pmttd","tag-ptd","tag-td","tag-tptd"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13372","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=13372"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/13372\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=13372"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=13372"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=13372"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}