{"id":17262,"date":"2018-08-18T12:58:18","date_gmt":"2018-08-18T04:58:18","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=17262"},"modified":"2018-08-18T12:58:18","modified_gmt":"2018-08-18T04:58:18","slug":"perbarisan-pentauliahan-diraja-pegawai-kadet-palapes-universiti-awam-ua-malaysia-kali-ke-37","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2018\/08\/18\/perbarisan-pentauliahan-diraja-pegawai-kadet-palapes-universiti-awam-ua-malaysia-kali-ke-37\/","title":{"rendered":"Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) Malaysia Kali Ke-37"},"content":{"rendered":"<p>PULAU PINANG: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil Raja Puan Muda Perlis\u00a0berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja\u00a0Pegawai Kadet PALAPES Uniersiti Awam (AU)\u00a0pada 18 Ogos 2018.<\/p>\n<p>Perbarisan ini melibatkan seramai 1789\u00a0Pegawai Kadet terdiri daripada 731 Pegawai Kadet Lelaki dan 1058 Pegawai Kadet Wanita. Perbarisan diketuai oleh Pegawai Rendah Muda Yap Rui Zhi dari Universiti Sains Malaysia manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waren Satu Nadri Kasmani.<\/p>\n<p>Perbarisan pada kali ini, menyaksikan\u00a0Penyampaian Pedang Kehormat kepada 33 Pegawai Kadet Terbaik Universiti Awam.<\/p>\n<p>Dalam titah ucapan\u00a0DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, baginda menzahirkan setinggi tahniah di atas kejayaan seluruh Pegawai Kadet yang menamatkan latihan dan baginda yakin dengan berbekalkan ilmu yang telah diperoleh semasa dalam latihan, pegawai-pegawai ini dapat menyumbang ke arah pembentukan ATM yang disegani.<\/p>\n<p>\u201c Saudara saudari antara kumpulan contoh anak muda daripada pelbagai kaum dan bangsa yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, tinggi akal budi serta mantap pekertinya, tetapi juga mempunyai kemahiran dalam ketenteraan bagi mengalas tanggungjawab dalam membantu mempertahankan kedaulatan tanah air tercinta\u201d.<\/p>\n<p>\u201c Saya amat yakin bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini merupakan sebuah angkatan yang profesional dan kredibel yang mana dapat melaksanakan segala peranan serta tugasnya dengan cemerlang, namun pada masa yang sama ATM juga memerlukan sokongan padu daripada Pasukan Simpanan bagi menangani apa jua krisis atau ancaman yang berlaku dalam negara,dan saudara saudari perlulah berrsama-sama memikul kewajipan ini membantu Pasukan Tetap apabila keadaan memerlukannya\u201d.<\/p>\n<p>Turut hadir, Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan\u00a0Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Dato&#8217; Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat,\u00a0Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Zulkiple Hj Kassim,Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Hj Affandi Buang TUDM, YB Dato\u2019 Haji Abdul Halim Haji Hussain, Wakil Ketua Menteri Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Gambar: Saifun Hakimi Zainon<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PULAU PINANG: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Raja Muda Perlis dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil Raja Puan Muda Perlis\u00a0berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja\u00a0Pegawai Kadet PALAPES Uniersiti Awam (AU)\u00a0pada 18 Ogos 2018. Perbarisan ini melibatkan seramai 1789\u00a0Pegawai Kadet &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":17263,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[30,279,28],"tags":[45,55,56,848],"class_list":["post-17262","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-2-div","category-bersamapemimpin","category-semasa","tag-atm","tag-menhan","tag-pat","tag-ptd-ptu"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17262","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17262"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17262\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}