{"id":17847,"date":"2019-03-12T16:32:38","date_gmt":"2019-03-12T08:32:38","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=17847"},"modified":"2020-04-14T13:06:41","modified_gmt":"2020-04-14T05:06:41","slug":"eksesais-satria-perkasa-mantapkan-kesiagaan-td","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2019\/03\/12\/eksesais-satria-perkasa-mantapkan-kesiagaan-td\/","title":{"rendered":"Eksesais SATRIA PERKASA Mantapkan Kesiagaan TD"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-drop-cap wp-block-paragraph\">Penduduk Felda Bersia, Gerik\ndikejutkan dengan bunyi letupan dan tembakan bertubi-tubi seawal jam 0650 pagi pada\n10 Mac 2019. Ada yang bertempiaran lari keluar dari rumah bagi melihat sendiri\napa yang sedang berlaku di felda mereka pada pagi itu. Ada juga yang mengambil\npeluang cuba merakam mengunakan telifon bimbit akan&nbsp; situasi dan keadaan ketika itu bagi tujuan\nmenjadi wartawan terawal mengetahui hal demikian.&nbsp; Masing-masing tertanya-tanya samada berlaku\nserangan atau sudah berlaku peperangankah di kawasan mereka. Apakah pisang\nsudah berbuah dua kali di mana peristiwa di Felda Sahabat, Lahat Datu berulang\nkembali dan kini terjadi di Felda Bersia pula? Beberapa hari sebelum itu penduduk\nfelda berasa hairan dengan kehadiran ramai anggota tentera bersama aset-aset\ntentera ke kawasan mereka yang mana sebelum ini jarang-jarang untuk melihat\nabang-abang tentera melintas di felda mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya pertanyaan penduduk\nsetempat berkenaan letupan dan tembakan yang kedengaran itu terungkai setelah\nmengetahui ianya adalah satu latihan dari Tentera Darat (TD) yang melakukan &nbsp;serangan fasa akhir oleh pasukan 6 Briged (Bgd) ke atas pertahanan\nmusuh yang menjadikan Felda Bersia sebagai kubu terakhir musuh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Eksesais SATRIA PERKASA 6 Bgd Tahun 2019\nmerupakan Latihan Medan kesinambungan\ndari Eksesais EAGLE BAKTI peringkat 2 Div serta Eksesais SATRIA GAGAH 6 Bgd Tahun\n2017. Eksesais\nini merupakan latihan yang dikawal sepenuhnya oleh MK 2 Div yang berpangkalan\ndi Kawasan Am Kuala Kangsar serta melibatkan Kumpulan Tempur 6 Bgd sebagai pelaku utama\ndan dibantu oleh Trup Div, Medan dan TD dalam melaksanakan Operasi Konvensional\ndalam Fasa Ofensif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Objektif eksesais adalah untuk\nmengukur keupayaan operasi tempur ketumbukan 6 Bgd dalam Peperangan\nKonvensional yang beroperasi sebagai sebuah pasukan gabungan (<em>combined arms<\/em>) serta keupayaan fungsi pemerintah dan staf dalam perancangan,\nkawalan aturgerak dan pelaksanaan operasi ofensif. Selain itu, ianya juga untuk\nmenilai aplikasi Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) di setiap peringkat pemerintah\nberdasarkan doktrin, ARTEP dan PROTAP formasi selain dapat meningkatkan kemahiran\nstaf dan pemerintah merancang keperluan tadbir serta logistik terutama\nmelibatkan KSB.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada kali ini TD telah melaksanakan dua latihan medan\nsecara serentak di peringkat Briged (Bgd) iaitu di Medan Barat oleh Formasi 6\nBgd dan di Medan Timur oleh Formasi 3 Bgd bagi menilai keupayaan Operasi Tempur\ndan Logistik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Eksesais SATRIA\nPERKASA 6 Bgd telah bermula dari Sungai Siput, Kuala Kangsar hingga ke Gerik,\nPerak melibatkan kekuatan seramai 164 pegawai dan 3,248 anggota\nLain-Lain Pangkat (LLP) manakala Eksesais SATRIA PERKASA 3 Bgd dilaksanakan di\nsekitar kawasan Lundu, Bau, Puncak Borneo, Tebedu, Mongkos dan Engkabang\nmelibatkan 111 pegawai dan 2,086 LLP.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembukaan eksesais bagi\nformasi 6 Bgd &nbsp;dan penutup eksesais bagi\nformasi 3 Bgd disempurnakan oleh Panglima\nTentera Darat (PTD), Jen Dato\u2019 Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala\npembukaan eksesais&nbsp; bagi formasi 3 Bgd\ndan penutup eksesais bagi formasi 6 Bgd disempurnakan oleh TPTD, Lt Jen Dato\u2019\nHasagaya Abdullah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Latihan yang bermula dari 1\nhingga 10 Mac itu juga bersempena dengan sambutan Hari TD Ke-86 pada tahun ini\nyang disambut dengan pelbagai acara yang diadakan di Ladang Kamuning, Sungai\nSiput, Perak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu\ndari itu dalam ucapan PTD semasa\nPerbarisan Tempur Hari TD Ke-86 pada 1 Mac 2019, beliau mengingatkan kepada\nsemua warga TD supaya memberi sepenuh tumpuan, komitmen dan tidak berlakon\ndalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau\nturut menegaskan bahawa semua anggota tentera bekerja 24 jam, maka utamakanlah\ntugas dan kerjaya tentera bukan tempat untuk mencari kekayaan atau mengejar\nkemewahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disamping\nitu beliau mahukan peluang dan ruang semasa melaksanakan Eksesais SATRIA\nPERKASA digunakan untuk berlatih sebagai satu kumpulan untuk berperang, bukan\nuntuk demonstrasi semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita juga ingin melihat\nsejauh mana kelengkapan yang telah diberikan, diguna pakai dengan elok dan saya\nmengatakan ini sebab saya hendak buktikan bahawa tentera ini kerjanya berlatih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cSemua peringkat warga\nperlu ada pemikiran membudayakan latihan sama ada fizikal, mental dan rohani\nserta jadikan sebagai gaya hidup sihat tentera untuk memantapkan lagi jati\ndiri,\u201d kata PTD.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Garis\npanduan serta prinsip-prinsip yang dicatatkan dalam Doktrin\/Manual Latihan TD\nperlu dipatuhi dan hanya dengan cara itu, penilaian yang tepat serta kelemahan\nsebenar dapat dikenal pasti dalam eksesais kali ini kerana penjajaran yang\nbakal dilakukan kelak tertakluk kepada hasil post mortem eksesais.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara keseluruhannya eksesais ini merupakan satu latihan kepada warga TD untuk meningkatkan lagi kemahiran dan keyakinan sebagai anggota terlatih bagi mengekalkan kredibiliti dan kesiagaan TD. Apa yang terjadi semasa latihan hendaklah dijadikan pedoman dan panduan taktala berhadapan sengan situasi sebenar. Ditambah pula tahun 2019 merupakan tahun latihan dan penjajaran yang perlu diterjemahkan secara pro-aktif kearah memastikan TD terus unggul menggalas amanah yang diberi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan dan Saifun Hakimi Zainon<\/p>\n\n\n\n<hr class=\"wp-block-separator\"\/>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">[custom-facebook-feed album=2574263635935869]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penduduk Felda Bersia, Gerik dikejutkan dengan bunyi letupan dan tembakan bertubi-tubi seawal jam 0650 pagi pada 10 Mac 2019. Ada yang bertempiaran lari keluar dari rumah bagi melihat sendiri apa yang sedang berlaku di felda mereka pada pagi itu. Ada juga yang mengambil peluang cuba merakam mengunakan telifon bimbit akan&nbsp; situasi dan keadaan ketika itu &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19255,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[8,14],"tags":[332,333,334,329,335],"class_list":["post-17847","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-latihan","category-rencana","tag-3-bgd","tag-6-bgd","tag-eksesais-satria-perkasa-2019","tag-felda-bersia","tag-latihan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17847","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=17847"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/17847\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19255"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=17847"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=17847"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=17847"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}