{"id":18163,"date":"2019-07-29T14:22:28","date_gmt":"2019-07-29T06:22:28","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=18163"},"modified":"2019-07-29T14:22:28","modified_gmt":"2019-07-29T06:22:28","slug":"majlis-santapan-amal-ysahms","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2019\/07\/29\/majlis-santapan-amal-ysahms\/","title":{"rendered":"Majlis Santapan Amal YSAHMS"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA\nLUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Aminul Karim\nSultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Penaung Yayasan Sultan\nAbdul Halim Mu\u2019Adzam Shah (YSAHMS) bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia\nSultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff Sultanah Negeri Kedah Darul Aman mencemar\nduli ke Majlis Santapan Amal Yayasan Sultan Abdul Halim Mu\u2019Adzam Shah di Dewan\nPerkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada 26 Jul 2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu\nkeberangkatan tiba baginda disambut oleh Pemangku Panglima Angkatan Tentera\nMalaysia (PAT), Jen Dato\u2019 Seri Panglima Hj Ahmad\nHasbullah Hj Mohd Nawawi mengiringi baginda untuk sesi bergambar dan\nseterusnya ke Dewan Perkasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis\nyang dihadiri seramai 290 orang kenamaan, pegawai ATM beserta pasangan, dimulakan\npersembahan Kombo Badan Kesenian Tentera Darat dan Kombo Rejimen Askar Melayu\nDiraja beserta para artis jemputan sambil jemputan-jemputan kenamaan menikmati\nsantapan amal YSAHMS.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yayasan Sultan Abdul Halim Mu\u2019adzam Shah merupakan satu satunya\nbadan amal di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia yang berdaftar dengan akta syarikat di bawah kelolaan Suruhanjaya\nSyarikat Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengistiharan rasmi Yayasan ini\ntelah mendapat perkenan penyempurnaanya pada 20 Mei 2011 oleh Almarhum Tunku\nAbdul Halim Mu\u2019adzam Shah yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan\nAgong pada ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yayasan ini ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja amal di\nsamping menghulurkan sumbangan bantuan kebajikan seperti pembiayaan, perubatan,\npendidikan khas dan lain-lain bantuan yang tidak dapat dibiayai oleh agensi\nkerajaan kepada warga dan pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya dan\nseluruh warganegara Malaysia amnya, pada majlis amal yang dilaksanakan, Yayasan\nberjaya mengumpul dana sebanyak RM212,800.00 bagi membolehkan yayasan itu\nmeneruskan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis\nditeruskan dengan kata-kata aluan Pengerusi YSAHMS, penyampaian cenderahati\nkepada penyumbang-penyumbang terbanyak kepada YSAHMS serta penyampaian cendera\nkenangan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni\nAlmarhum Sultan Badlishah selaku Penaung YSAHMS dan KDYMM &nbsp;Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff\nSultanah Negeri Kedah Darul Aman. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut berangkat ke\nmajlis itu adalah Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin\nBadlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda\nKedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, Tunku Laksamana Kedah, Yang Teramat\nMulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin, Kerabat Diraja Kedah serta\npegawai-pegawai kanan ATM serta para penyumbang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Gambar: Saifun Hakimi Zainon<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Penaung Yayasan Sultan Abdul Halim Mu\u2019Adzam Shah (YSAHMS) bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff Sultanah Negeri Kedah Darul Aman mencemar duli ke Majlis Santapan Amal Yayasan Sultan Abdul Halim &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18172,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,7,34,28],"tags":[394,56,395],"class_list":["post-18163","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-kebajikan","category-mindef","category-semasa","tag-kdymm","tag-pat","tag-ysahms"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18163","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18163"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18163\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18163"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18163"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18163"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}