{"id":18318,"date":"2019-09-23T17:37:31","date_gmt":"2019-09-23T09:37:31","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=18318"},"modified":"2019-09-23T17:37:31","modified_gmt":"2019-09-23T09:37:31","slug":"21-ggk-johan-sfuc-2019","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2019\/09\/23\/21-ggk-johan-sfuc-2019\/","title":{"rendered":"21 GGK Johan SFUC 2019"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KEDAH: Menteri Pertahanan, Hj Mohamad\nSabu telah menyempurnakan Penutup Special Force Ultimate Challenge (SFUC)\n2019&nbsp; melibatkan ketiga-tiga Unit Khas\nATM iaitu Gerup Gerak Khas (GGK) yang diwakili oleh 21 GGK, Pasukan Khas Laut\n(PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun\npada 22 Sep 2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu ketibaan MENHAN disambut\noleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Panglima Hj Zulkifli Hj\nZainal Abidin. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertandingan ini bertujuan mengukur\ntahap kemampuan anggota di dalam aspek fizikal dan mental serta menguji\nkemahiran dan kepakaran anggota berada di tahap yang terbaik serta bersedia\nuntuk diaturgerakkan pada sebilang masa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">SFUC telah bermula pada 18 hingga 22\nSep 2019 melibatkan kawasan sekitar negeri Kedah iaitu Kawasan Tanjung Dawai,\nSungai Merbuk, Bedong, Gunung Jerai, Yan, Simpang Empat dan penutup di Kem\nHobart, Gurun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap penyertaan pasukan terdiri dari\ndua tim yang mana terdapat empat disiplin untuk diadili dan Disiplin Pertama\nadalah pertandingan Helocasting, Berenang, Mendayung dan Ujian Komunikasi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala Disiplin Kedua pula adalah\nPandu Arah, Ujian baca peta manakala Disiplin Ketiga merangkumi Jalan lasak,\nUjian Perubatan, Hot Extraction dan abseling.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disiplin Keempat pula merangkumi Pertandingan\nMenembak Taktikal, Letupan dan menyelamatkan tebusan yang dilaksanakan sejurus\nketibaan MENHAN semasa upacara penutup.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ucapan MENHAN, beliau amat\nberbangga dengan kekuatan fizikal, prestasi dan kesungguhan yang ditunjukkan\noleh Tim pasukan yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cTanpa semangat juang yang tinggi dan\ntidak mengenal erti perit jerih amatlah sukar untuk menjayakannya dan sudah\npasti visi dan misi untuk mempertahankan kedaulatan negara akan terus dipikul\noleh pasukan elit ATM.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Kemahiran tinggi yang dipamerkan,\nmembuktikan pasukan elit ATM berada dilandasan yang betul dan berupaya untuk\ndigerakkan dalam apa jua situasi dan keadaan,&#8221; jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hadiah telah disampaikan oleh MENHAN\ndan Johan Keseluruhan pertandingan SPUC 2019 dimenangi oleh 21 GGK, yang mana\nbagi Disiplin Pertama dimenangi&nbsp; Pasukan\nPASKAU B, Disiplin Kedua dari 21 GGK B manakala Disiplin Ketiga dan Keempat\ndimenangi oleh 21 GGK A. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Tim terbaik berdasarkan tempoh\nmasa yang terpantas setiap disiplin dan prestasi terbaik ujian menembak\ndisandang oleh 21 GGK B.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Piala pusingan akan diserahkan semasa\nperbarisan Hari ATM di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut pada 27\nSep 2019.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut hadir Panglima Tentera Darat,\nJen Tan Sri Dato\u2019 Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera\nLaut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Udara, Jen Tan\nSri Dato Sri Affendi Buang TUDM, pegawai-pegawai kanan ATM dan pesara\u2013pesara\ndari GGK, PASKAL DAN PASKAU.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gambar: Saifun Hakimi Zainon<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEDAH: Menteri Pertahanan, Hj Mohamad Sabu telah menyempurnakan Penutup Special Force Ultimate Challenge (SFUC) 2019&nbsp; melibatkan ketiga-tiga Unit Khas ATM iaitu Gerup Gerak Khas (GGK) yang diwakili oleh 21 GGK, Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang dilaksanakan di Kem Hobart, Gurun pada 22 Sep 2019. Terdahulu ketibaan MENHAN disambut oleh Panglima &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18322,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,34,28],"tags":[419,55,420,421,54,131,132,422],"class_list":["post-18318","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-mindef","category-semasa","tag-21ggk","tag-menhan","tag-paskal","tag-paskau","tag-ptd","tag-ptl","tag-ptu","tag-sfuc"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18318","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18318"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18318\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18318"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18318"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18318"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}