{"id":18568,"date":"2020-01-19T10:17:46","date_gmt":"2020-01-19T02:17:46","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=18568"},"modified":"2020-04-13T15:18:52","modified_gmt":"2020-04-13T07:18:52","slug":"pelancaran-filem-bakara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2020\/01\/19\/pelancaran-filem-bakara\/","title":{"rendered":"Pelancaran Filem BAKARA"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato\u2019\nSeri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi telah merasmikan Majlis Pelancaran Filem Bakara di Padang Kawad Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19\nRAMD) Mekanize, Kem Lapangan Terbang Sungai\nPetani pada 17 Jan 2020. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengarah Adrian Teh sekali lagi\ndipertanggungjawabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghasilkan filem\n\u2018Bakara\u2019, di atas kejayaan filem \u2018Paskal The Movie\u2019 dan \u2018Wira\u2019 yang memberi\nimpak positif kepada industri filem tempatan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Filem Bakara berdasarkan kejadian sebenar pertempuran\ndi Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, pada 1993 dan adaptasi\ndaripada filem \u2018Black Hawk Down\u2019 versi sebenar Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bakara turut memaparkan pasukan Angkatan\nTentera Malaysia (ATM) yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera\nAmerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pertempuran\ndi Bakara Market, Somalia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita\nberharap filem ini dapat membawa sudut berbeza berbanding dengan apa yang\nditunjukkan dalam sebuah filem antarabangsa sebelum ini,\u201d ujar PTD <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahnya\nlagi, sebelum ini filem berkaitan pertempuran itu pernah diterbitkan Hollywood\ndi bawah judul \u2018Black Hawk Down\u2019, namun hanya memaparkan pertempuran\nmembabitkan tentera Amerika Syarikat sahaja, filem Bakara akan dibuat\nberdasarkan maklumat daripada anggota tentera Malaysia yang terbabit secara\nlangsung dalam pertempuran itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cKita harap\nfilem ini akan menjadi salah sebuah filem yang boleh menjadi kebanggaan rakyat\nMalaysia, sekali gus menaikkan jati diri serta semangat cintakan negara,\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Filem yang menelan belanja lebih RM20 juta yang dinaung dibawah syarikat produksi Act 2 ini bakal membariskan pelakon tangkas Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak, Fauzi Nawawi dan anggota ATM serta aset ketenteraan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato\u2019 Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato\u2019 Hj Mohd Nazir Hj Mami, Ketua Staf Markas TD, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi, veteran Tentera Darat, anggota yang pernah terlibat dalam pentempuran di Bakara Mogadishu serta masyarakat setempat.<br><br>[custom-facebook-feed album=3203903059638587]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEDAH: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato\u2019 Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi telah merasmikan Majlis Pelancaran Filem Bakara di Padang Kawad Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanize, Kem Lapangan Terbang Sungai Petani pada 17 Jan 2020. Pengarah Adrian Teh sekali lagi dipertanggungjawabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":18867,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,99,28],"tags":[96,106,54,105],"class_list":["post-18568","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-mk-td","category-semasa","tag-kstd","tag-pmbtd","tag-ptd","tag-tptd"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18568","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18568"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18568\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18568"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18568"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18568"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}