{"id":20140,"date":"2020-12-09T20:28:53","date_gmt":"2020-12-09T12:28:53","guid":{"rendered":"http:\/\/btdm.my\/?p=20140"},"modified":"2020-12-10T10:10:14","modified_gmt":"2020-12-10T02:10:14","slug":"40-tahun-mej-jen-dato-md-din-hj-abu-mengorbankan-jiwa-dan-raga-dalam-tentera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2020\/12\/09\/40-tahun-mej-jen-dato-md-din-hj-abu-mengorbankan-jiwa-dan-raga-dalam-tentera\/","title":{"rendered":"40 Tahun Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu Mengorbankan Jiwa dan Raga Dalam Tentera"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Panglima 1 Div, Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu diatas khidmat bakti dengan mengorbankan seluruh jiwa dan raganya sepanjang 40 tahun perkhidmatan di dalam tentera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Sesungguhnya persaraan Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu merupakan satu kehilangan besar kepada Rejimen Renjer Diraja (RRD) khususnya dan Tentera Darat (TD) amnya dimana beliau merupakan seorang pegawai kanan yang dikagumi oleh banyak pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Ciri kepimpinan cemerlang yang dimilikinya serta perwatakan yang mudah dibawa berunding amat disenangi oleh semua peringkat anggota,&#8221; ujar PTD.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambah PTD lagi, disebabkan sifat terpuji itu segala penugasan yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan cemerlang kerana Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu berjaya memupuk semangat kerjasama yang jitu di pasukan dan formasi dimana beliau berkhidmat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) pada 9 Dis 2020.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengimbas keperibadian Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu, beliau mula menceburi bidang ketenteraan dengan mengikuti latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada 1 Jun 1980 dan pada 17 Jun 1982, beliau ditauliahkan ke dalam RRD dan memulakan perkhidmatannya sebagai Ketua Platun di 5 RRD.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara jawatan penting yang pernah disandang ialah Pegawai Memerintah 2 RRD, Timbalan Pengarah Infantri di Markas Tentera Darat, Panglima 4 Bgd (Mek) dan jawatan terakhir sebagai Panglima 1 Div.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu menerima tabik hormat terakhir dari Kontinjen Perbarisan terdiri daripada sembilan pegawai dan 130 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Lt Kol Mazli Mohamed Sain @ Mohd Said dalam keadaan norma baharu mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, dalam ucapan Mantan Panglima 1 Div beliau menzahirkan rasa penuh kesyukuran dan ucapan penghargaan kepada PTD di atas kesudian beliau hadir bersama-sama pada perbarisan penghargaan persaraannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Walaupun dengan ancaman COVID-19, perkhidmatan tetap memberikan pengiktirafan sempena persaraan saya pada 27 Dis 2020 melalui perbarisan penghargaan dengan pengamalan norma baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&#8220;Penghormatan nostalgik ini akan sentiasa terpahat di fikiran saya serta acara penghargaan ini amat tinggi makna dan nilainya kepada saya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau menyeru kepada semua warga pasukan agar tetapkan niat dan taat setia kepada pucuk pimpinan TD.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahnya lagi, seorang anggota perlu memegang teguh lafaz keramat Ikrar Kesatria dalam membentuk jati diri serta terus komited dalam menjunjung tinggi segala tugas, tanggungjawab dan amanah dengan penuh integriti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut hadir, Panglima 1 Div merangkap Pengerusi RRD, Mej Jen Dato&#8217; Dzulkafli Hj Mustaffa, Panglima 4 Div, Mej Jen Hj Ya&#8217;cob Hj Samiran dan AKS SM, Mej Jen Dato&#8217; Mohd Sofi Md Lepi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Panglima 1 Div, Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu diatas khidmat bakti dengan mengorbankan seluruh jiwa dan raganya sepanjang 40 tahun perkhidmatan di dalam tentera. &#8220;Sesungguhnya persaraan Mej Jen Dato&#8217; Md Din Hj Abu merupakan satu kehilangan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":19,"featured_media":20144,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[13,28],"tags":[545,1038,495,1506,288,87],"class_list":["post-20140","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-penghargaan","category-semasa","tag-1-div","tag-2-rrd","tag-4-bgd-mek","tag-jen-tan-sri-datuk-zamrose-mohd-zain","tag-perbarisan-penghargaan","tag-td"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20140","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/19"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=20140"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/20140\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/20144"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=20140"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=20140"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=20140"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}