{"id":23515,"date":"2022-11-07T19:24:53","date_gmt":"2022-11-07T11:24:53","guid":{"rendered":"http:\/\/btdm.my\/?p=23515"},"modified":"2022-11-07T19:24:55","modified_gmt":"2022-11-07T11:24:55","slug":"trup-td-1-menjuarai-ukmhk-td-tahun-2022","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2022\/11\/07\/trup-td-1-menjuarai-ukmhk-td-tahun-2022\/","title":{"rendered":"Trup TD 1 Menjuarai UKMHK TD Tahun 2022"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR : Trup Tentera Darat (TD) 1 sekali lagi merangkul juara keseluruhan pertandingan Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) Peringkat Tentera Darat (TD) di Kem Perdana Sungai Besi bermula dari 27 Okt hingga 7 Nov 2022.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato&#8217; Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan acara pelepasan peserta UKMHK TD melibatkan tiga pasukan yang berjaya ke peringkat akhir daripada 11 Formasi TD yang menyertai pertandingan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">UKMHK TD ini merupakan pertandingan ketenteraan yang dilaksanakan pada setiap dua tahun bagi menguji ketahanan mental, fizikal, keyakinan diri serta memupuk semangat setiakawan dalam kalangan anggota.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ianya terdiri daripada dua disiplin iaitu kawad kaki dan merentas halangan yang menitikberatkan kesepaduan tinggi demi mempamerkan semangat kerjasama dalam pasukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seramai 1,230 peserta terlibat pada kali ini yang terdiri daripada anggota Trup TD, Markas Pemerintahan dan Markas Formasi bagi kategori Tempur, Bantuan Tempur, Bantuan Khidmat dan Wanita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Johan bagi Disiplin Kawad kategori Wanita dimenangi oleh Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) manakala naib johan disandang oleh Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disiplin Kawad bagi kategori Tempur menyaksikan Trup TD 1 muncul sebagai johan diikuti Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) yang meraih kedudukan naib johan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi kategori Bantuan Tempur pula, johan Disiplin Kawad disandang oleh Trup TD 1 manakala naib johan 4 Div.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, johan Disiplin Kawad kategori Bantuan Khidmat dimenangi oleh Trup TD 1 dan naib johan PLDTD.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Disiplin Merentas Halangan kategori Tempur, 4 Div merangkul johan manakala Trup TD 1 di kedudukan naib johan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Johan Disiplin Merentas Halangan kategori Bantuan Tempur disandang oleh Trup TD 1 dan naib johan disandang oleh 4 Div, manakala johan Disiplin Merentas Halangan kategori Bantuan Khidmat diraih oleh Trup TD 2 dan naib johan 2 Div.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut disampaikan anugerah Ketua Platun Terbaik Wanita kepada Lt Siti Nur Zulaikha Baharom dari Trup TD 1 dan Penolong Ketua Platun Terbaik SSjn Jeniffer Banturang dari PLDTD.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Manakala Ketua Platun Terbaik Lelaki jatuh kepada Lt Muhammad Afiq Najwan Abdul Halim juga dari Trup TD 1 diikuti Penolong Ketua Platun Terbaik SSjn Mazlan Masmudi dari Trup TD 2.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Acara Penutup UKMHK disempurkan oleh PTD dan diiringi oleh Panglima 4 Div, Mej Jen Dato&#8217; Ya&#8217;cob Hj Samiran selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PTD merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang dan berterima kasih atas penganjuran pertandingan serta berpesan agar setiap lapisan pegawai dan anggota memastikan kecergasan berada di tahap optimum.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pelaksanaan pertandingan seumpama ini menyokong Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut hadir, Panglima-panglima Formasi dan pegawai-pegawai kanan TD.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR : Trup Tentera Darat (TD) 1 sekali lagi merangkul juara keseluruhan pertandingan Ujian Kemahiran Merentas Halangan dan Kawad (UKMHK) Peringkat Tentera Darat (TD) di Kem Perdana Sungai Besi bermula dari 27 Okt hingga 7 Nov 2022. Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato&#8217; Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan acara pelepasan peserta &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":30,"featured_media":23516,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,28],"tags":[2080,54],"class_list":["post-23515","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-semasa","tag-jen-tan-sri-dato-seri-zamrose-mohd-zain","tag-ptd"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23515","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/30"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23515"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23515\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23516"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23515"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23515"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23515"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}