{"id":23918,"date":"2022-12-23T20:56:36","date_gmt":"2022-12-23T12:56:36","guid":{"rendered":"http:\/\/btdm.my\/?p=23918"},"modified":"2022-12-23T22:11:02","modified_gmt":"2022-12-23T14:11:02","slug":"op-murni-atm-dilaksanakan-secara-bersepadu-dan-terselaras-menhan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2022\/12\/23\/op-murni-atm-dilaksanakan-secara-bersepadu-dan-terselaras-menhan\/","title":{"rendered":"Op MURNI ATM Dilaksanakan Secara Bersepadu Dan Terselaras \u2013 MENHAN"},"content":{"rendered":"<p>TERENGGANU: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato\u2019 Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menjelaskan bahawa aturgerak anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Operasi MURNI (Op MURNI) dilaksanakan secara bersepadu dan terselaras sejak 7 Okt 2022 bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka hanya akan berakhir pada Mac 2023.<\/p>\n<p>\u201cSejak Sep 2022, pihak ATM telah mengenal pasti lokasi hotspot banjir di seluruh negara dan meletakkan trup-trup berkaitan dalam keadaan siap sedia untuk diaturgerak pada bila-bila masa.<\/p>\n<p>\u201cKeperluan aset akan diaturgerak mengikut keutamaan ke kawasan-kawasan lebih kritikal, sebagaimana yang telah dipraktikkan dalam situasi banjir di Terengganu ini, di mana contohnya trak 7 tan digerakkan dari Pahang kerana situasi banjir di negeri ini lebih buruk berbanding Pahang,\u201d jelas MENHAN.<\/p>\n<p>MENHAN juga menyatakan bahawa pelaksanaan usaha-usaha membantu menyelamatkan mangsa banjir berjalan lancar dan teratur hasil kerjasama dan kolaborasi erat dengan agensi-agensi lain di setiap lokaliti.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan demikian semasa turun padang melawat dan meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Kuala Terengganu dan SK Bukit Mentok, Kemaman pada 23 Dis 2022.<\/p>\n<p>Terdahulu, MENHAN diberi taklimat aturgerak Op MURNI Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) dan 4 Bgd (Mekanize).<\/p>\n<p>Untuk rekod, setakat ini secara keseluruhannya jumlah anggota ATM yang telah diaturgerak dalam Op MURNI di seluruh negara adalah seramai 28 pegawai dan 539 anggota Lain-lain Pangkat, manakala bagi aset melibatkan 11 trak 7 tan, 38 trak 3 tan, 5 trak 1 tan, 22 bot dan 22 OBM bot.<\/p>\n<p>Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Affendi Buang TUDM, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato\u2019 Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato\u2019 Seri Zamrose Mohd Zain dan pegawai-pegawai kanan TD.<\/p>\n<p>Gambar : PW II Shamsul Zaidi Zolkoffly &amp; Pbt Mohammad Fadzil Akirul<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TERENGGANU: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato\u2019 Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menjelaskan bahawa aturgerak anggota dan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Operasi MURNI (Op MURNI) dilaksanakan secara bersepadu dan terselaras sejak 7 Okt 2022 bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka hanya akan berakhir pada Mac 2023. \u201cSejak Sep 2022, &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":23919,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,7,1480,28,1606],"tags":[2556,2519,2590,151,572],"class_list":["post-23918","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-kebajikan","category-lawatan","category-semasa","category-tentera-bersama-rakyat","tag-dato-seri-utama-hj-mohamad-hj-hasan","tag-jen-tan-sri-dato-seri-zamrose-mohd-zain-2","tag-jen-tan-sri-dato-sri-affendi-buang-tudm","tag-op-murni","tag-tentera-bersama-rakyat"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23918","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=23918"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/23918\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/23919"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=23918"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=23918"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=23918"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}