{"id":26361,"date":"2025-01-10T14:41:19","date_gmt":"2025-01-10T06:41:19","guid":{"rendered":"https:\/\/btdm.my\/?p=26361"},"modified":"2025-02-27T12:07:46","modified_gmt":"2025-02-27T04:07:46","slug":"44-pegawai-wataniah-diserap-ke-angkatan-tetap-td","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2025\/01\/10\/44-pegawai-wataniah-diserap-ke-angkatan-tetap-td\/","title":{"rendered":"44 Pegawai Wataniah Diserap ke Angkatan Tetap TD"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato\u2019 Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 44 Pegawai Pertugasan Sepenuh Masa Askar Wataniah yang telah rasmi diserap ke dalam kor-kor Tentera Darat (TD).<\/p>\n<p>Beliau menyeru agar para pegawai terus mempamerkan prestasi cemerlang sebagaimana yang telah dibuktikan sebelum ini di samping menekankan kepentingan kepimpinan yang berkualiti dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cDalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan, peranan seorang pegawai bukanlah sekadar memberi arahan, tetapi juga menjadi teladan kepada anggota bawahan.<\/p>\n<p>\u201cSetiap langkah dan keputusan yang diambil mestilah mencerminkan integriti, keberanian dan profesionalisme yang menjadi kompas identiti kita,\u201d tegas PTD ketika berucap dalam Majlis Tadbir Sumpah Penyerapan Pegawai Pertugasan Sepenuh Masa Askar Wataniah ke Angkatan Tetap Siri 1\/25 di Wisma Transit Kuala Lumpur pada 10 Jan 2025.<\/p>\n<p>Majlis dimulakan dengan upacara tadbir sumpah yang dipimpin oleh Pegawai Staf 1 Tenaga Kerja C, Cawangan Tenaga Kerja (CTK), Bahagian Perkhidmatan Anggota sebelum diteruskan dengan upacara pertukaran beret kor Askar Wataniah ke kor-kor TD yang disempurnakan oleh PTD sebagai simbolik penyerapan rasmi pegawai-pegawai berkenaan ke dalam angkatan tetap.<\/p>\n<p>Majlis ini menjadi lambang penghormatan kepada peranan penting yang dimainkan oleh Pegawai Pertugasan Sepenuh Masa Askar Wataniah dalam memperkukuhkan keupayaan pertahanan negara, seiring dengan aspirasi TD untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti, berdedikasi dan berintegriti.<\/p>\n<p>Turut hadir, Asisten Panglima Pasukan Simpanan, Mej Jen Datuk Abdul Rahman A Wahab dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato\u2019 Norsham Md Tap.<\/p>\n<p>Gambar: Pbt Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/dinkominfo.purworejokab.go.id\/\" style=\"position: fixed;top: 10px;right: 10px;font-size: 1px;text-decoration: none\">situs slot gacor<\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/tacuarembo.gub.uy\/\" style=\"position: fixed;top: 10px;right: 10px;font-size: 1px;text-decoration: none\">toto slot<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato\u2019 Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 44 Pegawai Pertugasan Sepenuh Masa Askar Wataniah yang telah rasmi diserap ke dalam kor-kor Tentera Darat (TD). Beliau menyeru agar para pegawai terus mempamerkan prestasi cemerlang sebagaimana yang telah dibuktikan sebelum ini di samping menekankan kepentingan kepimpinan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":26363,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[28],"tags":[3819,3822,3821,3820,3639],"class_list":["post-26361","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa","tag-44-pegawai-wataniah-diserap-ke-angkatan-tetap-td","tag-aks-sm-mej-jen-dato-norsham-md-tap","tag-ap-ps-mej-jen-datuk-abdul-rahman-a-wahab","tag-majlis-tadbir-sumpah-penyerapan-pegawai-pertugasan-sepenuh-masa-askar-wataniah-ke-angkatan-tetap-siri-1-25","tag-ptd-jen-tan-sri-dato-wira-muhammad-hafizuddeain-jantan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26361","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26361"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26361\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26363"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26361"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26361"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26361"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}