{"id":26603,"date":"2025-03-19T01:58:16","date_gmt":"2025-03-18T17:58:16","guid":{"rendered":"https:\/\/btdm.my\/?p=26603"},"modified":"2025-03-19T01:58:16","modified_gmt":"2025-03-18T17:58:16","slug":"majlis-khatam-al-quran-dan-iftar-peringkat-td-tahun-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2025\/03\/19\/majlis-khatam-al-quran-dan-iftar-peringkat-td-tahun-2025\/","title":{"rendered":"Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Peringkat TD Tahun 2025"},"content":{"rendered":"<p>NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato&#8217; Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2025 anjuran Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) bertempat di Surau An-Nur Kem Segenting pada 18 Mac 2025.<\/p>\n<p>Objektif acara ini adalah untuk menggalakkan warga TD yang beragama islam supaya dapat membudayakan bacaan al-quran dengan betul selain memartabatkan al-quran sebagai lambang kesucian umat islam.<\/p>\n<p>Terdahulu, sejurus ketibaan PTD acara dimulakan dengan tazkirah ringkas serta bacaan ayat-ayat suci al-quran yang dipimpin oleh Pengarah Agama MK TD, Kol Mohd Jihadi Hj Ahmad disusuli dengan menyampaikan cenderahati program Tadarus al-quran kepada 70 peserta yang mewakili setiap formasi dan 10 ahli BAKAT yang diiringi oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Marzuki Hj Mokhtar.<\/p>\n<p>Selain itu, PTD dan isteri turut berkesempatan hadir pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat TD, solat magrib dan isyak serta solat sunat tarawih berjemaah bersama warga TD.<\/p>\n<p>Dalam majlis yang sama, PTD turut menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan sumbangan AFFIN Bank, Geran Kerohanian sumbangan Tabung Zakat ATM dan Koperasi Tentera kepada Formasi TD.<\/p>\n<p>Turut diadakan adalah penyampaian sumbangan kebajikan kepada 15 warga TD yang menghidap penyakit kronik, 28 golongan asnaf, sumbangan kepada 10 saudara baharu dan tujuh sumbangan kepada Ahli BAKAT.<\/p>\n<p>Sumbangan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan dalam membantu meringankan beban para penerima bagi menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan serta persiapan menyambut bulan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.<\/p>\n<p>Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato&#8217; Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato&#8217; Mohd Sofi Md Lepi dan Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato Zaidan Atan.<\/p>\n<p>Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan LKpl Muhammad Nor Akram Halib<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato&#8217; Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Puan Sri Datin Wira Hartiah Hamzah telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Tentera Darat (TD) Tahun 2025 anjuran Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD) bertempat di Surau An-Nur &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":26604,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[15,2,279,35,28],"tags":[3852,3620,3859,3635],"class_list":["post-26603","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-agama","category-bakat","category-bersamapemimpin","category-mk-latihan-doktrin","category-semasa","tag-iftar-td","tag-jen-tan-sri-dato-wira-muhammad-hafizuddeain-jantan","tag-nuzul-al-quran-2025","tag-puan-sri-datin-wira-hartiah-hamzah"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26603","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26603"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26603\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26604"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26603"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26603"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26603"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}