{"id":26651,"date":"2025-04-22T19:24:24","date_gmt":"2025-04-22T11:24:24","guid":{"rendered":"https:\/\/btdm.my\/?p=26651"},"modified":"2025-05-11T19:16:08","modified_gmt":"2025-05-11T11:16:08","slug":"26651","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2025\/04\/22\/26651\/","title":{"rendered":"Betul Sikap Betullah Semua \u2013 Panglima 3 Div Ke-28"},"content":{"rendered":"<p>JOHOR: Seramai 25 pegawai dan 530 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) naungan Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) terlibat dalam Perbarisan Perintah Ulung Panglima 3 Div Ke-28, Mej Jen Dato\u2019 Mohamad Suria Mohamad Saad.<\/p>\n<p>Perbarisan tempur statik ini diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) yang turut diiringi oleh Pancaragam Gabungan 3 Div serta 28 kenderaan tempur pelbagai varian.<\/p>\n<p>Panglima 3 Div di dalam perutusannya menerapkan elemen <em>Man, Machine<\/em> dan <em>Method<\/em> yang sejajar dengan kehendak Panglima Medan Barat Tentera Darat dan Panglima Tentera Darat. Perutusan beliau yang menyeru kerjasama tanpa mengira pangkat untuk bersama-sama memelihara kekuatan dan ketangkasan 3 Div sebagai hala tuju utama demi memastikan 3 Div sentiasa relevan seiring dengan perkembangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.<\/p>\n<p>\u201cKeunggulan organisasi bukan sekadar terletak pada kelengkapannya akan tetapi terletak kepada setiap peranan warga demi memastikan keberkesanan pasukan\u201d.<\/p>\n<p>\u201cSetiap anggota perlu cekap mengendalikan peralatan masing-masing dan bukan bergantung kepada golongan pakar sahaja, sinergi antara kemahiran, ilmu dan sikap perlu diterapkan\u201d.<\/p>\n<p>\u201cSaya yakin dan percaya Teras 3M mampu mengukuhkan kekuatan dan keberkesanan 3 Div akan tetapi ia bergantung kepada kebersamaan dan perpaduan semua warga 3 Div, maka saya menyeru agar semua warga 3 Div mendalami dan menjadikan mandat ini sebagai panduan\u201d tegas beliau dalam Perintah Ulungnya yang diadakan di Padang Kawad Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) pada 22 Apr 2024.<\/p>\n<p>Di masa yang sama beliau turut berpesan kepada semua warga 3 Div agar terus menjaga tingkah laku, sentiasa berdisiplin, menjiwai dan menyanjung tinggi seragam yang dipakai serta memartabatkan ilmu yang telah diperolehi oleh setiap lapisan dalam misi memartabatkan 3 Div sebagai ketumbukan utama di dalam TD.<\/p>\n<p>Berikut adalah intipati Perintah Ulung Panglima 3 Divisyen Ke-28:<\/p>\n<p>Elemen MAN (Manusia)<\/p>\n<p>* Keunggulan organisasi terletak pada anggota, bukan sekadar kelengkapan.<\/p>\n<p>* Setiap peranan, walau kecil, penting dalam memastikan keberkesanan pasukan.<\/p>\n<p>* Penekanan kepada pendidikan, latihan berterusan dan pemupukan kepimpinan di semua peringkat.<\/p>\n<p>* Kepentingan rasa tanggungjawab terhadap aset dan kelengkapan.<\/p>\n<p>* Menolak budaya tangguh senggaraan. Aset perlu sentiasa siap digerakkan.<\/p>\n<p>* Mengajak semua anggota memupuk budaya setia, amanah dan semangat kekitaan.<\/p>\n<p>Elemen MACHINE (Mesin)<\/p>\n<p>* Penekanan kepada kelengkapan moden dan strategik.<\/p>\n<p>* Setiap anggota perlu cekap kendali peralatan masing-masing \u2013 bukan hanya bergantung kepada golongan pakar.<\/p>\n<p>* Pentingnya penjagaan, penyelenggaraan berkala dan penggunaan optimum bagi setiap peralatan.<\/p>\n<p>* Senjata peribadi perlu dijaga rapi sebagai simbol kecekapan dan profesionalisme anggota.<\/p>\n<p>* Sinergi antara kemahiran, ilmu dan sikap (SKA) perlu diterapkan.<\/p>\n<p>Elemen METHOD (Metod)<\/p>\n<p>Gabungan MAN + MACHINE hanya berkesan jika berpandukan METHOD yang betul.<\/p>\n<p>Setiap anggota perlu faham dan patuh kepada doktrin, dasar dan prosedur seperti:<\/p>\n<p>* Perlembagaan (Perkara 132).<\/p>\n<p>* Dasar Pertahanan Negara (DPN).<\/p>\n<p>* Kertas Putih Pertahanan (KPP).<\/p>\n<p>* SKN 2.0, Army4NextG, SD2.<\/p>\n<p>* Manual ATM &amp; TD, SOP, PLPTD (ARTEP), kursus kerjaya.<\/p>\n<p>* Eks peringkat pasukan hingga multilateral.<\/p>\n<p>* Tegasan agar semua anggota mendalami dan melaksanakan method-method ini secara profesional dan konsisten.<\/p>\n<p>Turut hadir, Panglima Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Bgd), Brig Jen Zamri Othman, Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Wan Mohd Faizal Shahrin Wan Mohamad Fablillah, Panglima 7 Bgd, Brig Jen Zulhelmi Masdar dan Komander Artileri Divisyen 3 Divisyen, Brig Jen Datuk Khairul Izan Muhammad Suffian.<\/p>\n<p>Gambar : Kpl Mohammad Fadzil Akirul dan Pbt Syfikrullah Mazlan<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/lamteknik.or.id\/\" style=\"position: fixed;top: 10px;right: 10px;font-size: 1px;text-decoration: none\">link slot<\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/web.sierra.com.ar\/\" style=\"position: fixed;top: 10px;right: 10px;font-size: 1px;text-decoration: none\">kampungbet<\/a><\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/cectechfest.cecbilaspur.ac.in\/\" style=\"position: fixed;top: 10px;right: 10px;font-size: 1px;text-decoration: none\">monperatoto<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR: Seramai 25 pegawai dan 530 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) naungan Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) terlibat dalam Perbarisan Perintah Ulung Panglima 3 Div Ke-28, Mej Jen Dato\u2019 Mohamad Suria Mohamad Saad. Perbarisan tempur statik ini diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) yang turut diiringi oleh Pancaragam Gabungan 3 &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":26652,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[31,28],"tags":[3894,3896,3895,3892,3893],"class_list":["post-26651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-3-div","category-semasa","tag-divisyen-ketiga-infantri-malaysia","tag-machine-dan-method","tag-man","tag-panglima-3-div-ke-28","tag-perintah-ulung-panglima-3-div-ke-28"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26651"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26651\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/26652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}