{"id":27021,"date":"2026-07-12T09:05:03","date_gmt":"2026-07-12T01:05:03","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.my\/?p=27021"},"modified":"2026-07-12T09:05:03","modified_gmt":"2026-07-12T01:05:03","slug":"kecekalan-38-perajurit-dibalas-beret-hijau","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2026\/07\/12\/kecekalan-38-perajurit-dibalas-beret-hijau\/","title":{"rendered":"Kecekalan 38 Perajurit Dibalas Beret Hijau"},"content":{"rendered":"<p>KEDAH: Seramai lima pegawai dan 33 anggota LLP melafazkan Ikrar 12 Sumpah Perajurit Komando dengan penuh semangat dan kebanggaan setelah membuktikan kecekalan luar biasa menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK\/1\/2026 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil pada 11 Jul 2026.<\/p>\n<p>Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kol Nordin Abu merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua penuntut yang berjaya dianugerahkan Beret Hijau dan Pisau Komando selepas berjaya menempuh pelbagai cabaran, rintangan serta dugaan sepanjang tempoh latihan selama tiga bulan.<\/p>\n<p>Beliau berpesan bahawa Beret Hijau yang disarungkan bukanlah satu keistimewaan untuk dibanggakan, sebaliknya merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan penuh keikhlasan, disiplin dan integriti.<\/p>\n<p>\u201cIngat! Beret Hijau yang bakal kamu sarung boleh dianugerahkan dan juga boleh dilucutkan pada bila-bila masa sekiranya kamu melakukan kesalahan tatatertib.<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu, sentiasalah menjaga imej, maruah dan nama baik ketumbukan yang kita sayangi ini.<\/p>\n<p>\u201cDalam landskap keselamatan global yang semakin kompleks, pendekatan \u2018Whole-of-Goverment\u2019 &amp; \u2018Whole-of-Society\u2019 (WOGOS) menjadi semakin penting dalam memastikan negara sentiasa bersedia menghadapi pelbagai bentuk ancaman.<\/p>\n<p>\u201cAncaman hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan konvensional, malah merangkumi ancaman hibrid, keselamatan siber, bencana alam, pandemik, penyebaran maklumat palsu serta cabaran geopolitik yang memerlukan tindak balas secara menyeluruh,\u201d tegas Komandan PULPAK ketika berucap dalam upacara penutup.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru generasi muda agar menjadikan kejayaan para penuntut sebagai sumber inspirasi dan contoh terbaik dalam membina jati diri.<\/p>\n<p>\u201cKejayaan yang dicapai bukan diperoleh melalui jalan mudah, sebaliknya hasil usaha berterusan, disiplin yang tinggi, semangat juang yang kental serta pengorbanan yang besar,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Terdahulu, acara dimulakan dengan demonstrasi serbuan pantai, penyelamatan tawanan perang, penerjunan bebas sambil membawa bendera serta persembahan seni mempertahankan diri.<\/p>\n<p>Demonstrasi tersebut memperlihatkan tahap kesiapsiagaan pasukan Gerak Khas dalam menghadapi ancaman semasa, sekali gus membuktikan kepakaran dan keupayaan mereka sebagai antara aset utama pertahanan negara.<\/p>\n<p>Majlis ini turut menyaksikan penyampaian Anugerah Penuntut Terbaik kepada Lt M Muhammad Fadli Jamalluddin dari Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) atas pencapaian cemerlang sepanjang mengikuti kursus.<\/p>\n<p>Gambar: Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri &amp; Pbt Muhammad Ammar Najmie Misran<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KEDAH: Seramai lima pegawai dan 33 anggota LLP melafazkan Ikrar 12 Sumpah Perajurit Komando dengan penuh semangat dan kebanggaan setelah membuktikan kecekalan luar biasa menamatkan Kursus Asas Komando Siri AK\/1\/2026 di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil pada 11 Jul 2026. Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kol Nordin Abu &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":37,"featured_media":27022,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[484],"tags":[3965,3966],"class_list":["post-27021","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-truptd","tag-penutup-asas-komando-siri-ak-1-2026","tag-unishams"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27021","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/37"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27021"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27021\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27023,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27021\/revisions\/27023"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27022"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27021"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27021"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27021"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}