{"id":27058,"date":"2026-08-08T00:44:08","date_gmt":"2026-08-07T16:44:08","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.my\/?p=27058"},"modified":"2026-08-08T00:44:08","modified_gmt":"2026-08-07T16:44:08","slug":"semarak-kenegaraan-pemangkin-pengukuhan-patriotisme-atm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2026\/08\/08\/semarak-kenegaraan-pemangkin-pengukuhan-patriotisme-atm\/","title":{"rendered":"Semarak Kenegaraan Pemangkin Pengukuhan Patriotisme ATM"},"content":{"rendered":"<p>MELAKA: Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus diperkukuh menerusi Program Semarak Kenegaraan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim di Dewan Serbaguna, Kem Terendak pada 7 Ogos 2026.<\/p>\n<p>Program yang menghimpunkan kepimpinan negara dan warga ATM itu menjadi wadah menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuh jati diri serta memupuk kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Malaysia, selaras dengan tanggungjawab ATM sebagai benteng utama mempertahankan kedaulatan negara.<\/p>\n<p>Sebagai simbol penghayatan terhadap prinsip kenegaraan, program turut diisi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang diikuti nyanyian lagu Jalur Gemilang sambil mengibarkan Jalur Gemilang bersama kepimpinan negara dan warga ATM.<\/p>\n<p>Terdahulu, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman mengiringi PM mengadakan lawatan ke tapak projek naik taraf Lapang Sasar 400 Meter bagi ASEAN Armies Riffle Meet (AARM) 2026 serta tapak pembinaan baharu Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) bagi meninjau perkembangan pelaksanaan projek yang dijangka memperkukuh kemudahan latihan dan pembangunan aset ATM.<\/p>\n<p>Pelaksanaan program seumpama ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh nilai kenegaraan di samping memastikan projek pembangunan strategik, khususnya melibatkan kemudahan latihan dan infrastruktur dilaksanakan mengikut perancangan demi kesejahteraan warga ATM.<\/p>\n<p>Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Hj Adly Zahari, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Dato&#8217; (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Hj Sani S. Omar dan Panglima 10 Briged (Para), Mej Jen Datuk Khairul Anwar Soib.<\/p>\n<p>Gambar: LKpl Meor Danish Aniq &amp; Pbt Muhammad Ammar Najmie<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus diperkukuh menerusi Program Semarak Kenegaraan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang disempurnakan oleh Perdana Menteri (PM), Dato&#8217; Seri Anwar Ibrahim di Dewan Serbaguna, Kem Terendak pada 7 Ogos 2026. Program yang menghimpunkan kepimpinan negara dan warga ATM itu menjadi wadah menyemarakkan semangat cintakan negara, memperkukuh jati &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":27059,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,28,1606],"tags":[3992,3991,3993,3990],"class_list":["post-27058","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-semasa","category-tentera-bersama-rakyat","tag-pm-dato-seri-anwar-ibrahim","tag-program-semarak-kenegaraan","tag-ptd-jen-tan-sri-azhan-hj-md-othman","tag-semarak-kenegaraan-pemangkin-pengukuhan-patriotisme-atm"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27058","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27058"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27058\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27060,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27058\/revisions\/27060"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27059"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27058"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27058"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27058"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}