{"id":27075,"date":"2026-08-13T17:04:01","date_gmt":"2026-08-13T09:04:01","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.my\/?p=27075"},"modified":"2026-08-13T17:04:01","modified_gmt":"2026-08-13T09:04:01","slug":"2-div-juara-keseluruhan-anugerah-inovasi-td-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2026\/08\/13\/2-div-juara-keseluruhan-anugerah-inovasi-td-2025\/","title":{"rendered":"2 Div Juara Keseluruhan Anugerah Inovasi TD 2025"},"content":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Formasi Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Inovasi Tentera Darat (TD) Tahun 2025 pada Majlis Anugerah Inovasi TD 2025 yang berlangsung di Wisma Transit Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2026.<\/p>\n<p>Majlis yang disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada para pemenang dalam pelbagai kategori inovasi dan pengurusan TD.<\/p>\n<p>Acara dimulakan dengan pelancaran Unmanned Ground Vehicle \u2013 Next Generation Autonomous Defence Intervention Machine (UGV NADIM), hasil ciptaan Kumpulan Golden Finger daripada 12 Woksyop Briged dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).<\/p>\n<p>UGV NADIM merupakan kenderaan tanpa pemandu yang dibangunkan bagi membantu TD melaksanakan tugas rondaan di kawasan kem dan perbatasan.<\/p>\n<p>Kenderaan berkenaan dikendalikan secara kawalan jauh oleh seorang operator serta berkeupayaan untuk dilengkapkan dengan sistem persenjataan.<\/p>\n<p>Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian anugerah bagi 12 kategori di bawah Anugerah Kumpulan Inovasi Kreatif TD dan Anugerah Pengurusan Inovasi TD.<\/p>\n<p>Antara inovasi yang meraih johan ialah Green Portable Light Tower (G-LIGHT) oleh 4 KAD, Portable Mini Changeover Switch oleh 9 SSB, 3T-Pro oleh IJED, Portable Weapon Rack oleh Rej 513 AW, Unmanned Ground Vehicle (UGV) oleh 12 Wksp Bgd, Game Clock CPX oleh POP TD dan ASLAN GPMG Belt Fed oleh 18 RAMD (Para).<\/p>\n<p>Bagi Anugerah Pengurusan Inovasi TD pula, pengiktirafan meliputi kategori Pengurusan Pengiktirafan yang dimenangi oleh 2 RAMD, Logistik (72 Wksp Div), Briged (MK 2 Bgd), Divisyen (MK 3 Div) dan Pemerintahan (MK PMTTD).<\/p>\n<p>PTD menegaskan bahawa kejayaan inovasi bukan sekadar diukur melalui kemenangan dalam pertandingan, sebaliknya berdasarkan sejauh mana penyelesaian yang dihasilkan mampu menyelesaikan masalah serta memberi manfaat kepada anggota dan pasukan.<\/p>\n<p>\u201cKeupayaan untuk beradaptasi itu sendiri adalah satu keupayaan tempur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, TD perlu menyediakan laluan yang jelas bagi memastikan idea berpotensi dapat dikembangkan daripada peringkat idea dan prototaip, seterusnya melalui proses ujian sebelum dimanfaatkan dalam operasi.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu inovasi yang baik berakhir di atas meja pameran semata-mata. Kita mahu penyelesaian yang sampai ke tangan anggota,\u201d ujar PTD.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh warga TD supaya sentiasa mengenal pasti permasalahan di lapangan dan mencari kaedah kerja yang lebih baik, di samping membudayakan amalan membaca, pembelajaran berterusan dan peningkatan kompetensi sebagai asas kepada kreativiti serta inovasi.<\/p>\n<p>\u201cBerinovasilah kerana kita mahu Tentera Darat menjadi lebih baik dan lebih bersedia,\u201d pesan PTD.<\/p>\n<p>Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato\u2019 Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato\u2019 Khairul Azmizal Ahmad Natal, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato\u2019 Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato\u2019 Ahmad Abu Bakar, Inspektor Jeneral Tentera Darat, Mej Jen Isa Daud serta pegawai-pegawai kanan TD.<\/p>\n<p>Gambar: Pbt Meor Danish Aniq Mohd Faizul &amp; Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Formasi Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Anugerah Inovasi Tentera Darat (TD) Tahun 2025 pada Majlis Anugerah Inovasi TD 2025 yang berlangsung di Wisma Transit Kuala Lumpur pada 13 Ogos 2026. Majlis yang disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman turut menyaksikan penyampaian anugerah &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":27076,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,24],"tags":[4008,4009,4010],"class_list":["post-27075","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-teknologi","tag-2-div-juara-keseluruhan-anugerah-inovasi-td-2025","tag-inovasi-td-2025","tag-juara-inovasi-td-2025"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27075","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27075"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27075\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27077,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27075\/revisions\/27077"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27076"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27075"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27075"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27075"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}