{"id":27083,"date":"2026-08-20T21:35:06","date_gmt":"2026-08-20T13:35:06","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.my\/?p=27083"},"modified":"2026-08-20T21:35:06","modified_gmt":"2026-08-20T13:35:06","slug":"ancaman-moden-tuntut-kesiapsiagaan-rgk-dipertingkatkan-psj","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2026\/08\/20\/ancaman-moden-tuntut-kesiapsiagaan-rgk-dipertingkatkan-psj\/","title":{"rendered":"Ancaman Moden Tuntut Kesiapsiagaan RGK Dipertingkatkan \u2013 PSJ"},"content":{"rendered":"<p>JOHOR: Pemangku Sultan Johor (PSJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail bertitah, landskap keselamatan yang kian kompleks dan sukar diramal memerlukan tahap kesiapsiagaan, keupayaan serta daya tahan yang lebih tinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).<\/p>\n<p>Baginda bertitah, perubahan geopolitik Indo-Pasifik, perkembangan di Laut China Selatan serta kemunculan ancaman moden dan persaingan kuasa-kuasa besar menuntut ATM supaya tidak berasa selesa dengan keupayaan sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cTindakan dan perhatian yang lebih serius terhadap keperluan Rejimen Gerak Khas merangkumi kelengkapan, persenjataan, mobiliti, teknologi, sistem sokongan serta aset operasi perlu berada pada tahap yang terbaik dan bersesuaian dengan tuntutan operasi semasa serta masa hadapan,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda bertitah demikian ketika berangkat selaku wakil rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Kol Komandan Rejimen Gerak Khas (RGK) ke Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) RGK Ke-61 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas pada 20 Ogos 2026.<\/p>\n<p>Turut berangkat mengiringi PSJ ialah Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.<\/p>\n<p>Dalam titah sama, PSJ turut menggesa kerajaan agar segala proses pembangunan dan perolehan dilaksanakan berasaskan keupayaan, kualiti serta keberkesanan operasi dalam memberikan nilai terbaik kepada RGK.<\/p>\n<p>\u201cSetiap rancangan pembangunan dan perolehan Rejimen Gerak Khas melalui Rancangan Malaysia Ke-13 perlu diberi keutamaan dan perhatian serius,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Perbarisan sempena HUT RGK Ke-61 ini terdiri daripada lima detasmen melibatkan seramai 18 pegawai dan 173 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Memerintah Rejimen 21 Komando, Kol Razak Akob.<\/p>\n<p>Acara berjalan lalu turut memperagakan kepelbagaian keupayaan operasi RGK menerusi beberapa detasmen yang melambangkan keupayaan dalam operasi darat, amfibi, sniper, ronda dan udara.<\/p>\n<p>Selesai perbarisan, PSJ berangkat ke Majlis Santapan Ringan dan Anugerah Jaguh Sukan RGK Tahun 2026 serta menyempurnakan penyampaian Lencana Lambang Penuh dan Anugerah Jaguh Sukan kepada para atlet RGK yang cemerlang.<\/p>\n<p>Kpl Muhammad Syahrullah Shahrizal dari 11 RGK dinobatkan sebagai Jaguh Sukan RGK Tahun 2026 berdasarkan pencapaiannya dalam sukan menembak IPSC, termasuk muncul Johan Individu Pertandingan 21 GGK Open Level II 2025 dan tempat ketiga individu Pertandingan BRIMOB Xtreme International Level III di Indonesia.<\/p>\n<p>Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Hj Adli Zahari, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Hj Malik Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman.<\/p>\n<p>Gambar: Kpl Kenny Roy Jellis, Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri &amp; Pbt Muhammad Ammar Najmie Misran<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR: Pemangku Sultan Johor (PSJ), Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail bertitah, landskap keselamatan yang kian kompleks dan sukar diramal memerlukan tahap kesiapsiagaan, keupayaan serta daya tahan yang lebih tinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda bertitah, perubahan geopolitik Indo-Pasifik, perkembangan di Laut China Selatan serta kemunculan ancaman moden dan persaingan kuasa-kuasa besar &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":27084,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,6,1480,484,41],"tags":[4011,4012],"class_list":["post-27083","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-hut","category-lawatan","category-truptd","category-veteran","tag-ancaman-moden-tuntut-kesiapsiagaan-rgk-dipertingkatkan-psj","tag-hut-rgk-ke-61"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27083","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27083"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27083\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":27085,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27083\/revisions\/27085"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/27084"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27083"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27083"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27083"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}