{"id":4068,"date":"2015-12-01T16:39:19","date_gmt":"2015-12-01T08:39:19","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=4068"},"modified":"2015-12-01T16:39:19","modified_gmt":"2015-12-01T08:39:19","slug":"perbarisan-penghargaan-mantan-eksekutif-midas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2015\/12\/01\/perbarisan-penghargaan-mantan-eksekutif-midas\/","title":{"rendered":"Perbarisan Penghargaan Mantan Eksekutif MiDAS"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">KUALA LUMPUR: Seramai 15 pegawai dan 210 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dalam Perbarisan Sempena Persaraan Mantan Ketua Eksekutif <em>Malaysian Institute Of Defence &amp; Security<\/em> (MiDAS), Lt Jen Datuk Dr William Stevenson bertempat di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen pada 1 Dis 2015.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam ucapan beliau menyatakan penugasan dan perkhidmatan di medan telah memberi banyak pengalaman dan pembelajaran yang tidak dapat dinilai memandangkan beliau telah ditauliahkan dan mula berkhidmat di pasukan pada umur 19 tahun pada ketika itu.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Sesungguhnya sepanjang perkhidmatan saya di dalam tempoh tersebut pelbagai pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang melaksanakan tugas diantaranya semasa saya terlibat dengan operasi melawan keganasan di persempadan Malaysia-Thailand antara tahun 1976 hingga 1979&#8221;, ujarnya.<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Jurutera, Mej Jen Dato&#8217; Pahlawan Ir Abdul Nasser Ahmad, Pegawai-pegawai Kanan TD, wakil <em>National Stategy Unit<\/em> (NSU), wakil Kementerian Kewangan, SMR TD dan PW I Hayazi Abdul Aziz.<\/p>\n<p>\u00a0[box type=&#8221;info&#8221; align=&#8221;&#8221; class=&#8221;&#8221; width=&#8221;&#8221;]Gambar-gambar di sekitar Perbarisan Penghargaan Mantan Eksekutif MiDAS di <a href=\"https:\/\/btdmonline.net\/2015\/12\/album-foto-perbarisan-penghargaan-mantan-eksekutif-midas\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">Galeri Foto<\/a>[\/box]<\/p>\n<hr \/>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>LATAR BELAKANG PERIBADI<\/strong><\/span><\/p>\n<ul style=\"text-align: justify;\">\n<li>Tarikh Lahir:\u00a028 Disember 1955<\/li>\n<li>Tempat Lahir:\u00a0Batu Berendam, Melaka<\/li>\n<li>Nama Isteri: Datin Angela Valerie Bakar<\/li>\n<li>Cahaya Mata:\n<ul>\n<li>Mendiang Lt Aaron William Stevenson (TLDM)<\/li>\n<li>Abel Mark Stevenson<\/li>\n<li>Brian Adam Stevenson<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<li>Nama Bapa:\u00a0Capt (Dr) A.D. Stevenson<\/li>\n<li>Nama Ibu:\u00a0Mdm Betty Beng Neo<\/li>\n<li>Sukan Yang Diminati: Golf<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"text-align: justify;\"><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN (41 TAHUN\u00a0dan 6 BULAN)<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li>Tarikh Tauliah: \u00a0Beliau telah menjalani latihan kadet mulai April 1974 di Kem Sebatang Karah, Port Dickson diikuti dengan Latihan Pegawai Kadet di Royal Military College (RMC), Sungai Besi, Kuala Lumpur dan ditauliahkan pada 15 Mei 1975 sebagai Pegawai dalam Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).<\/li>\n<li>Jawatan Yang Pernah Disandang:\n<ul>\n<li>Ketua Terup di 5 Skuadron Jurutera Medan (1975 &#8211;\u00a01979)<\/li>\n<li>Penolong Pemerintah 8 Skuadron Jurutera Medan (1982 &#8211;\u00a01983)<\/li>\n<li>Ajutan dan disusuli jawatan Pemerintah No 1 Skuadron Bina, 91 Rejimen Pembinaan (1983 &#8211;\u00a01985 )<\/li>\n<li>Ketua Jurulatih Latihan Pegawai di institut Kejuruteraan Medan (IKEM),\u00a0Ketua Jurulatih Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) dan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA)\u00a0(1986 &#8211;\u00a01987)<\/li>\n<li>Ketua Cawangan peperangan dan Inokulasi dan Jurulatih di PULADA (1988 &#8211;\u00a01990)<\/li>\n<li>Pegawai Staf 2 Latihan di Jabatan arah Jurutera dan Pegawai Staf 1 Sistem di Bahagian Inspektorat Tentera Darat, Markas Tentera Darat\u00a0(1992 &#8211;\u00a01994)<\/li>\n<li>Pemangku Inspektor Jeneral Tentera Darat (1995 &#8211;\u00a01996)<\/li>\n<li>Ketua Staf Juruarah di Institut Pengurusan Tentera Darat dan sebagai Pemangku Komandan Institut Pegawai Kanan (INSPEKA) (1999 &#8211;\u00a02006)<\/li>\n<li>Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (1 Jun 2006 &#8211; 20 April 2010)<\/li>\n<li>Pengarah Eksekutif <em>Malaysian Institute of Defence and Security<\/em>\u00a0(MiDAS)\u00a0(21 April 2010 &#8211; 30 Jan\u00a02013)<\/li>\n<li>Ketua Eksekutif <em>Malaysian Institute of Defence and Security<\/em> (MiDAS) (31 Jan 2013 &#8211; 1 Dis 2015)<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Penglibatan Dalam Operasi:\n<ul>\n<li>OP NAGA (sempadan Malaysia-Thailand\u00a0pembersihan jerangkap samar serta tanaman jerangkap samar, pembersihan bom atau UXB pada 1976-1979)<\/li>\n<li>OP SELAMAT SAWADEE dan OP CHAYA BINA\u00a0(operasi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan kem-kem keselamatan sepanjang lebuhraya Timur-Barat dan operasi bersama Tentera Thailand\u00a0\u00a0pada 1976-1979)<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<ul>\n<li>Kursus Luar Negara Yang Telah Dihadiri:\n<ul>\n<li>Kursus Asas Kejuruteraan <em>Medan di School of Military Engineering di Liverpool, New South Wales,<\/em><em> Australia, <\/em><\/li>\n<li><em>Defence Resources management di Naval Post Graduate School, Monterray, California, USA<\/em><\/li>\n<li><em>Senior Executive<\/em> <em>Program in National and International Security, di Harvard Kennedy School of Government, Harvard University, Boston<\/em>, USA)<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>LATAR BELAKANG AKADEMIK<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li>Pendidikan Awal: Sekolah Rendah dan Menengah di Anglo Chinese School (ACS), Melaka<\/li>\n<li>Pencapaian Akademik:\n<ul>\n<li>\u00a0Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administration (MBA) dari Heriot \u2013 Watt University, Edinburgh, UK<\/li>\n<li>Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Latihan (Doctorate in Philosophy Majoring in Training Management) dari Universiti Putra Malaysia<\/li>\n<li>Pegawai Tentera Darat Malaysia yang pertama memperolehi Ijazah kedoktoran (PhD)<\/li>\n<\/ul>\n<\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>Penganugerahan<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li>Darjah Dato\u2019 Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato\u2019 Pahlawan dari DYMM Sultan Perak (2007)<\/li>\n<li>Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dengan gelaran Datuk (2013)<\/li>\n<li>Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk dari SPB Yang DiPertua Agong (2014)<\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"text-decoration: underline;\"><strong>LAIN-LAIN<\/strong><\/span><\/p>\n<ul>\n<li>Pengerusi Network of ASEAN Defence Institutions (NADI) (2015)<\/li>\n<li>Pengerusi Lembaga Disiplin Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT)<\/li>\n<li>Pengerusi Persatuan Skuasy Angkatan Tentera Malaysia (PSATM)\u00a0(2006 &#8211;\u00a02015)<\/li>\n<li>Pensyarah sambilan di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP), Universiti Malaya program Master of Business Management (MBA) (2005)<\/li>\n<\/ul>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Seramai 15 pegawai dan 210 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) terlibat dalam Perbarisan Sempena Persaraan Mantan Ketua Eksekutif Malaysian Institute Of Defence &amp; Security (MiDAS), Lt Jen Datuk Dr William Stevenson bertempat di Padang Kawad Kem Batu Kentonmen pada 1 Dis 2015. Dalam ucapan beliau menyatakan penugasan dan perkhidmatan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4070,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[28],"tags":[86,54,299,968],"class_list":["post-4068","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-semasa","tag-llp","tag-ptd","tag-rajd","tag-smr"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4068","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4068"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4068\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4068"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4068"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4068"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}