{"id":4581,"date":"2016-02-15T12:14:58","date_gmt":"2016-02-15T04:14:58","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=4581"},"modified":"2016-02-15T12:14:58","modified_gmt":"2016-02-15T04:14:58","slug":"kebajikan-anggota-dan-veteran-atm-terpelihara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2016\/02\/15\/kebajikan-anggota-dan-veteran-atm-terpelihara\/","title":{"rendered":"Kebajikan Anggota dan Veteran ATM Terpelihara"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\">KUALA LUMPUR:\u00a0Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato\u2019 Seri Hishamudin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin\u00a0menghadiri Majlis Perutusan Khas Tahun Baharu 2016 bertempat di Wisma Perwira ATM pada 15 Feb 2016.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">MENHAN memulakan ucapan dengan mengenang jasa para perajurit terkorban semasa berjuang serta yang telah bersara kerana tanpa\u00a0pengorbanan mereka, Kementerian Pertahanan tidak akan\u00a0berdiri gah, dihormati, disanjungi, dan mempunyai kewibawaannya yang tersendiri sebagaimana hari ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turutnya lagi, beliau akan sentiasa berjuang dengan bersungguh-sungguh\u00a0dalam mengangkat serta memberikan fokus terutamanya terhadap penambahbaikan kebajikan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sehubungan itu, terdapat Empat Aspek utama yang difokuskan bagi mendokong hasrat tersebut iaitu\u00a0Aspek Pertama ialah menambahbaik sistem tred (kepakaran) dengan\u00a0peningkatan tangga gaji hingga ke Band 5 kepada semua anggota LLP ATM tanpa mengira tred disamping\u00a0memberi satu kenaikan band secara\u00a0<em>one-off<\/em>\u00a0 kepada\u00a019,436 veteran yang berpencen mulai 1 Jan 2013.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Aspek Kedua iaitu perumahan, beliau menyatakan sejumlah RM 1.2 bilion\u00a0diperuntukan bagi pembinaan sebanyak 4000 unit\u00a0Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) \u00a0di 11 lokasi seluruh negara bagi\u00a0meningkatkan taraf hidup serta keselesaan warga ATM\u00a0disamping menaikkan lagi semangat dan moral warga ATM\u00a0untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan efisien manakala sebanyak\u00a0RM 18.357 juta pula diperuntukan bagi senggaraan RKAT pada tahun ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Aspek Ketiga iaitu Pendidikan, beliau mengumumkan bahawa satu inisiatif telah diambil dengan memberikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar (AKP) sebagai pengiktirafan kepada anak-anak cemerlang dalam bidang akademik di peringkat PT3, SPM dan IPTA yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain turut memberikan\u00a0kemudahan\u00a0bas sekolah\u00a0berserta perlindungan insurans merangkumi 76 kem di seluruh negara yang akan dinikmati seramai 11,275 anak anggota ATM setiap hari.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Aspek Keempat pula adalah kebajikan Veteran ATM di mana Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dan berusaha dalam menjamin keselesaan anggota Veteran ATM dengan membina 100 buah rumah serta\u00a0membaik pulih sebanyak 100 buah rumah sedia ada di seluruh negara \u00a0bermula 16 Feb 2016.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8216;Kesemua ini kita lakukan adalah semata-mata mahu memastikan yang kebajikan anggota dan Veteran ATM dapat ditambahbaik serta diperjuangkan dengan sebaik mungkin&#8217;, ujarnya.<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada seluruh Warga ATM di atas sumbangan perkhidmatan yang cemerlang dan berharap agar rekod ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turut hadir, Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor,\u00a0Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri Roslan Saad,\u00a0Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL) Laksamana Madya Dato&#8217; Anuwi Hassan mewakili Panglima Tentera Laut, \u00a0Panglima-panglima Perkhidmatan dan Pegawai Kanan ATM.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR:\u00a0Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato\u2019 Seri Hishamudin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato\u2019 Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin\u00a0menghadiri Majlis Perutusan Khas Tahun Baharu 2016 bertempat di Wisma Perwira ATM pada 15 Feb 2016. MENHAN memulakan ucapan dengan mengenang jasa para perajurit terkorban semasa berjuang serta yang telah bersara &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4594,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,34,28],"tags":[45,489,449,55,516],"class_list":["post-4581","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-mindef","category-semasa","tag-atm","tag-kebajikan","tag-kementah","tag-menhan","tag-veteran"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4581"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4581\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}