{"id":4820,"date":"2016-03-16T15:13:17","date_gmt":"2016-03-16T07:13:17","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=4820"},"modified":"2020-12-11T09:03:08","modified_gmt":"2020-12-11T01:03:08","slug":"pertubuhan-hizbut-tahrir-mengapa-ia-perlu-ditolak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2016\/03\/16\/pertubuhan-hizbut-tahrir-mengapa-ia-perlu-ditolak\/","title":{"rendered":"Pertubuhan Hizbut Tahrir: Mengapa Ia Perlu Ditolak"},"content":{"rendered":"<p>[dropcap]P[\/dropcap]ertubuhan Hizbut Tahrir adalah merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang bergerak cergas di Malaysia pada hari ini. Di Malaysia ia dikenali sebagai Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Hizbut Tahrir adalah bahasa arab yang membawa maksud Parti Pembebasan. Pertubuhan ini bukan sekadar bermotifkan politik untuk mengambil alih pemerintahan negara-negara di dunia khususnya bagi negara-negara di bawah pemerintahan Muslim bagi membentuk dan mengembalikan pemerintahan negara Islam berkhalifah bahkan ia juga melampaui kepada hal ehwal kefahaman agama yang mana ianya tersasar dari landasan kefahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pertubuhan ini ditubuhkan di Palestin dan sekarang dalam peringkat menyebarkan kefahaman dan ideologi mereka kepada masyarakat Islam di seluruh dunia termasuk negara Malaysia.<\/p>\n<h4>LATAR BELAKANG HIZBUT TAHRIR<\/h4>\n<h5><strong>Pengasas Hizbut Tahrir<\/strong><\/h5>\n<p>Pertubuhan ini diasaskan oleh <a href=\"https:\/\/en.wikipedia.org\/wiki\/Taqiuddin_al-Nabhani\" target=\"_blank\" rel=\"noopener noreferrer\">Sheikh Taqiyudin bin Ibrahim An-Nabhani<\/a> (1909M \u2013 1979M) kelahiran Ijzim, sebuah kampung di daerah Haifa, Palestin. Beliau membesar dalam suasana pengaruh agama di sekelilingnya. Mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri iaitu seorang alim yang faqih dalam agama. Ibunya juga menguasai beberapa cabang ilmu agama yang diperolehi dari datuknya Syeikh Yusuf bin Ismail bin Yusuf an-Nabhani. \u00a0Setelah tamat pendidikan awal di peringkat sekolah di kampungnya beliau melanjutkan pendidikannya ke Universiti Al-Azhar dan Darul Ulum Mesir. Pernah menjadi guru dan hakim di beberapa Kota di Palestin. Setelah peristiwa kejatuhan Palestin ke tangan Yahudi pada 1948, ia bersama keluarganya meninggalkan kampung halamannya menuju ke Beirut. Kemudian ia diangkat menjadi Hakim di mahkamah Syariah Al-Quds.<\/p>\n<figure id=\"attachment_20177\" aria-describedby=\"caption-attachment-20177\" style=\"width: 189px\" class=\"wp-caption alignleft\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-20177 size-full\" src=\"http:\/\/btdm.my\/wp-content\/uploads\/2016\/03\/takiyuddin.jpg\" alt=\"\" width=\"189\" height=\"266\" \/><figcaption id=\"caption-attachment-20177\" class=\"wp-caption-text\">Sheikh Taqiyudin An-Nabhani<\/figcaption><\/figure>\n<p>Pada tahun 1952 Sheikh Taqiyudin An-Nabhani menubuhkan parti Hizbut Tahrir dan berusaha memimpin partinya dengan penuh penumpuan. Beliau juga menerbitkan buku dan risalah-risalah yang secara keseluruhannya merupakan sumber pengetahuan dasar-dasar partinya. Beliau hidup berpindah-randah antara Jordan, Syria dan Lubnan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979 dan dikebumikan di Beirut.<\/p>\n<h5>Konsep Pertubuhan Hizbut Tahrir<\/h5>\n<p>Hizbut Tahrir memperkenalkan diri mereka sebagai sebuah parti politik yang berideologikan Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya. Hizbut Tahrir bergerak di tengah-tengah umat dan berjuang bersama-sama mereka untuk menjadikan Islam sebagai agama yang perlu ditegakkan serta membimbing mereka untuk mendirikan kembali sistem pemerintahan khilafah dan menegakkan hukum Allah.<\/p>\n<h5>Metodologi Dakwah Hizbut Tahrir<\/h5>\n<p>Hizbut Tahrir mendakwa bahawa metodologi dakwah mereka adalah berdasarkan sirah Rasulullah SAW, iaitu melalui tiga tahap berikut:<\/p>\n<ul>\n<li><span style=\"text-decoration: underline;\">Pertama<\/span>: Tahap pembinaan dan pengkaderan (Marhalah At Tasqif), yang dilaksanakan untuk membentuk kader-kader yang mempercayai pemikiran dan metod Hizbut Tahrir dalam rangka pembentukan kerangka tubuh parti.<\/li>\n<li><span style=\"text-decoration: underline;\">Kedua<\/span>: Tahap berinteraksi dengan umat (Marhalah Tafa\u2019ul ma\u2019al Ummah), yang dilaksanakan agar umat turut memikul kewajipan dakwah Islam hingga umat menjadikan Islam sebagai agama yang ditegakkan dan berjuang untuk mewujudkannya dalam realiti kehidupan.<\/li>\n<li><span style=\"text-decoration: underline;\">Ketiga<\/span>: Tahap mengambil alih kuasa (Marhalah Istilam Al-Hukm), yang dilaksanakan untuk menerapkan Islam secara menyeluruh dan mengembang \u00a0 risalah Islam ke seluruh dunia. Hizbut Tahrir berpendapat dalam tahap ketiga mereka harus meminta bantuan ketua negara, panglima tentera, pimpinan jamaah, ketua kaum\u00a0 atau seumpamanya.<\/li>\n<\/ul>\n<h5>Sumber Yang Menjadi Dasar Pemikiran Hizbut Tahrir<\/h5>\n<p>Hizbut Tahrir telah memilih dan menetapkan idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hakam tertentu yang di anggap sesuai dengan perkara-perkara yang diperlukan dalam perjuangannya iaitu untuk mendirikan Daulah Khilafah dan mengangkat seorang Khalifah. Idea-idea, pendapat-pendapat dan hukum-hukum tersebut telah dihimpun dalam pelbagai buku, booklet mahupun naskah-naskah yang diterbitkan dan disebarkan kepada umat. Antara buku-buku rujukan mereka adalah seperti berikut:<\/p>\n<ul>\n<li>Nizamul Islam (Peraturan Hidup Dalam Islam).<\/li>\n<li>Nizamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Dalam Islam).<\/li>\n<li>Nizamul Iqtisodi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam).<\/li>\n<li>Nizamul Ijtima\u2019eiy Fil Islam (Sistem Kemasyaratan Dalam Islam).<\/li>\n<li>At-Takattul Hizbi (Pembentukan Parti Politik).<\/li>\n<li>Mafahim Hizbut Tahrir (Dasar Kefahaman Hizbut Tahrir).<\/li>\n<li>Daulatul Islamiah (Negara Islam).<\/li>\n<li>Al-Khilafah (Sistem Khilafah).<\/li>\n<li>Syakhsiah Islamiah -3 Jilid (Keperibadian Islam).<\/li>\n<li>Mafahim Siyasiyah Li Hizbut Tahrir (Dasar Kefahaman Politik Hizbut Tahrir).<\/li>\n<li>Nazorat Siyasiyah Li Hizbut Tahrir (Pandangan-pandangan Politik Hizbut Tahrir).<\/li>\n<li>Kaifa Hudimatil Khilafah (Bagaimana Khalifah Diruntuhkan).<\/li>\n<li>Al- Amwal Fi Daulatil Khilafah (Sistem Kewangan Negara Khilafah).<\/li>\n<li>Nizamul U\u2019qubat Fil Islam (Sistem Hukuman Dalam Islam).<\/li>\n<li>Ahkamul Bayyinat (Hukum \u2013hukum Pembuktian).<\/li>\n<li>Muqaddimatu Ad- Dustur (Pengantar Perlembagaan).<\/li>\n<\/ul>\n<h5><strong>Dalil Pegangan Hizbut Tahrir Tentang Kewajipan Membentuk Negara Islam Berkhalifah<\/strong><\/h5>\n<p>Hizbut Tahrir ingin mengembalikan dan membentuk semula pemerintahan Daulah Islamiah (Negara Islam) yang dipimpin oleh seorang Khalifah bagi mewakili seluruh negara umat Islam. Kewajipan untuk membentuk negara Islam bersandarkan pegangan mereka pada sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyebut:<\/p>\n<p style=\"text-align: right;\"><strong>:\u0639\u0646 \u062d\u0630\u064a\u0641\u0629<\/strong><strong> \u0628\u0646 \u0627\u0644\u064a\u0645\u0627\u0646<\/strong><strong> \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 \u0642\u0627\u0644: \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: right;\"><strong>\u062a\u0643\u0648\u0646 \u0627\u0644\u0646\u0628\u0648\u0629 \u0641\u064a\u0643\u0645 \u0645\u0627 \u0634\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0646 \u062a\u0643\u0648\u0646\u060c \u062b\u0645 \u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627<\/strong><strong> \u0627\u0644\u0644\u0647<\/strong><strong> \u0625\u0630\u0627 \u0634\u0627\u0621 \u0623\u0646 \u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627\u060c \u062b\u0645 \u062a\u0643\u0648\u0646 \u062e\u0644\u0627\u0641\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0646\u0647\u0627\u062c \u0627\u0644\u0646\u0628\u0648\u0629\u060c \u0641\u062a\u0643\u0648\u0646 \u0645\u0627 \u0634\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0646 \u062a\u0643\u0648\u0646\u060c \u00a0\u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627<\/strong><strong> \u0627\u0644\u0644\u0647<\/strong><strong> \u0625\u0630\u0627 \u0634\u0627\u0621 \u0623\u0646 \u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627\u060c \u062b\u0645 \u062a\u0643\u0648\u0646 \u0645\u0644\u0643\u0627 \u0639\u0627\u0636\u0627\u060c \u0641\u064a\u0643\u0648\u0646 \u0645\u0627 \u0634\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0646 \u064a\u0643\u0648\u0646\u060c \u062b\u0645 \u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627 \u0625\u0630\u0627 \u0634\u0627\u0621<\/strong><strong> \u0627\u0644\u0644\u0647<\/strong><strong> \u0623\u0646 \u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627\u060c \u062b\u0645 \u062a\u0643\u0648\u0646 \u0645\u0644\u0643\u0627 \u062c\u0628\u0631\u064a\u0629\u060c \u0641\u062a\u0643\u0648\u0646 \u0645\u0627 \u0634\u0627\u0621 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0646 \u062a\u0643\u0648\u0646\u060c \u062b\u0645 \u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627<\/strong><strong> \u0627\u0644\u0644\u0647<\/strong><strong> \u0625\u0630\u0627 \u0634\u0627\u0621 \u0623\u0646 \u064a\u0631\u0641\u0639\u0647\u0627\u060c \u062b\u0645 \u062a\u0643\u0648\u0646 \u062e\u0644\u0627\u0641\u0629 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0646\u0647\u0627\u062c <\/strong><strong>\u0627\u0644\u0646\u0628\u0648\u0629\u060c \u062b\u0645 \u0633\u0643\u062a\u00a0<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: left;\"><strong>(\u0631\u0648\u0627\u0647 \u0627\u0644\u0625\u0645\u0627\u0645 \u0623\u062d\u0645\u062f)<\/strong><\/p>\n<p>Terjemahan Hadis:<\/p>\n<p>Daripada Huzaifah bin al-Yaman Rodhiallahu Anhu berkata. Rasulullah SAW telah bersabda: &#8220;Adalah kenabian itu berada di tengah-tengah kamu sekalian, yang mana ianya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah yang mengikuti jejak kenabian, yang mana ianya berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang menggigit (pemerintahan yang zalim), yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada kekuasaan yang memaksa (pemerintahan diktator) yang berlaku atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia berkehendak mengangkatnya, kemudian akan ada khilafah yang mengikuti jejak kenabian, kemudian baginda (Nabi) diam.&#8221; \u00a0 (Riwayat Imam Ahmad).<\/p>\n<p><strong>\u00a0<\/strong>Mengikut kefahaman Hizbut Tahrir, Rasululah SAW menyebut akan berlaku peralihan kuasa di kalangan umat Islam dari satu peringkat ke satu peringkat sehinggalah akan terbangun semula kerajaan Islam yang akan meneruskan jejak kenabian. Hadis ini pada mereka menjadi hujah untuk umat Islam wajib membentuk kerajaan Islam yang menjalankan pemerintahan berdasarkan hukum-hukum Islam dan wajib semua umat Islam membai\u2019ah (memberi perjanjian taat setia) kepada khalifah yang dilantik di dalam kerajaan Islam tersebut. Mereka yang engkar untuk membai\u2019ah adalah dianggap kufur dan sekiranya mereka mati tanpa memberi bai\u2019ah kepada khalifah yang dilantik maka kematian mereka itu adalah mati seorang jahiliyah (tidak beriman) bersandarkan pegangan hadis yang menyebut:<\/p>\n<p style=\"text-align: right;\"><strong>&#8220;\u0645\u0646 \u0645\u0627\u062a \u0648\u0644\u064a\u0633 \u0641\u064a \u0639\u0646\u0642\u0647 \u0628\u064a\u0639\u0629 \u0645\u0627\u062a \u0645\u064a\u062a\u0629 \u062c\u0627\u0647\u0644\u064a\u0629&#8221;<\/strong><strong>\u00a0<\/strong><\/p>\n<p>Maksud:<\/p>\n<p>\u201cBarangsiapa yang mati tanpa memberi bai\u2019ah maka ia mati Jahiliyah.\u201d<\/p>\n<p>Namun mengikut tafsiran sebahagian besar ulamak, hadis yang menyentuh tentang kewajipan membentuk negara Islam berkhalifah bukan suatu hadis yang disepakati tentang kesohihannya, sebahagian mereka mengkategorikan hadis tersebut sebagai hadis hasan dan ada yang mengkategorikannya sebagai dhoif (lemah) kerana \u00a0terdapat beberapa kecacatan pada rantaian perawinya dan juga pencanggahan teks hadis yang berbeza antara hadis\u2013hadis lain. Mengikut pandangan Doktor Ahmad Ar-Raisuni, Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, walaupun Hizbut Tahrir berhujjah dengan hadis tersebut, namun di sana terdapat hadis lain yang sama darjatnya atau lebih tinggi tarafnya\u00a0 yang menyebut tentang khilafah.<\/p>\n<p style=\"text-align: right;\"><strong>&#8220;\u0639\u0646 \u0633\u0641\u064a\u0646\u0629 \u0631\u0636\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0646\u0647 \u0642\u0627\u0644: \u0642\u0627\u0644 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645: \u00a0\u062e\u0644\u0627\u0641\u0629 \u0627\u0644\u0646\u0628\u0648\u0629 \u062b\u0644\u0627\u062b\u0648\u0646 \u0633\u0646\u0629 \u062b\u0645 \u064a\u0624\u062a\u064a \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0645\u0644\u0643 \u0623\u0648 \u0645\u0644\u0643\u0647 \u0645\u0646 \u064a\u0634\u0627\u0621&#8221;<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: right;\"><strong> (\u0631\u0648\u0627\u064a\u0629 \u0623\u0628\u064a \u062f\u0627\u0648\u062f)<\/strong><\/p>\n<p>Maksud Hadis:<\/p>\n<p>\u201cDaripada Safinah Rodhiallohu Anhu berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Khilafah kenabian berlaku selama tiga puluh tahun, setelah itu Allah akan mendatangi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki \u201c\u00a0 (Riwayat Abu Daud).<\/p>\n<p>Menurut Dr Ar-Raisuni di dalam hadis ini Nabi hanya menyebut khilafah kenabian itu berlaku selama tiga puluh tahun saja iaitu ( dua tahun Khalifah Abu Bakar, sepuluh tahun Khalifah Umar, dua belas tahun Khalifah Usman dan enam tahun Khalifah Ali) Nabi tidak menyebut tentang pemerintahan khilafah kali kedua. Menurut beliau lagi hadis tentang khilafah tersebut juga tidak mengandungi arahan atau larangan mengenai kewajipan umat Islam untuk membentuk kerajaan berkhalifah kali kedua dan kenapa ummat Islam perlu melakukan sesuatu yang tidak disuruh dan di manakah kewajipannya?<\/p>\n<p>Manakala\u00a0 mengenai hadis seorang yang mati tanpa membaiah kepada Khalifah sebagai mati seorang jahiliyah disangkal oleh ulamak lain kerana maksud hadis tersebut ditujukan kepada pemerintah sesebuah negara (Ulil Amri). Mengikut Sheikh Uthaimin hadis tersebut bermaksud\u00a0 wajib ke atas setiap insan melantik seorang Imam dan tidak halal baginya memutuskan Imam, kerana apabila ia memutuskan Imam ia hidup tanpa memiliki kekuasaan dan tanpa pemerintah, sedangkan Allah SWT berfirman:<\/p>\n<p style=\"text-align: right;\"><strong>(\u064a\u0627 \u0623\u064a\u0647\u0627 \u0627\u0644\u0630\u064a\u0646 \u0622\u0645\u0646\u0648\u0627 \u0623\u0637\u064a\u0639\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0648\u0623\u0637\u064a\u0639\u0648\u0627 \u0627\u0644\u0631\u0633\u0648\u0644 \u0648\u0623\u0648\u0644\u064a \u0627\u0644\u0623\u0645\u0631 \u0645\u0646\u0643\u0645 &#8221; ( \u0627\u0644\u0646\u0633\u0627\u0621: 59&#8243;<\/strong><\/p>\n<p>Maksudnya:<\/p>\n<p>&#8220;Wahai orang-orang yang beriman taatlah kepada Allah dan Rasul dan pemerintah-pemerintah di kalangan kamu&#8221;.<\/p>\n<p>Inilah yang dimaksudkan mati tanpa memberi bai\u2019ah yang dinyatakan dalam hadis tersebut.<\/p>\n<h5><strong>Prinsip Dan Pegangan Akidah Hizbut Tahrir Yang Menyeleweng.<\/strong><\/h5>\n<p>Pertubuhan ini juga berpegang dengan prinsip dan pegangan akidah yang menyeleweng dan bercanggah dari pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Antara pegangan mereka adalah seperti berikut:<\/p>\n<ul>\n<li>Mengatakan perbuatan hamba yang ikhtiariyah (perbuatan ikhtiar) tidak termasuk di dalam qodha Allah SWT. Pegangan ini selari dengan pegangan Golongan Qodariah (Satu kumpulan yang tersasar aqidah). Dalam kitab As Syakhsiah Islamiyyah menyebut: \u201cperbuatan-perbuatan ini (perbuatan manusia) adalah tidak berkait dengan qodho Allah dan qodho Allah tidak berkait dengan mereka, kerana manusia melakukan perbuatan tersebut dengan kehendak dan pilihannya, maka perbuatan yang sengaja tidak termasuk dalam penciptaan Allah \u201c(An Nabhani, As Syakhsiah Islamiyyah, Jil 1, halaman 7).<\/li>\n<li>Mengatakan hidayah dan kesesatan adalah ciptaan hamba bukan ciptaan Allah. \u00a0Di dalam kitab As- Syakhsiyyah Al- Islamiah juga menyebut: \u201cKebergantungan pembalasan ganjaran (pahala) dan pengazaban (dosa) kepada hidayah dan kesesatan tersebut adalah perbuatan hamba dan bukan daripada ciptaan Allah\u201d (As-Syakhsiah Islamiah, Jil 2, Halaman 74).<\/li>\n<li>Menghukum orang yang meninggal dunia tanpa bai\u2019ah seorang khalifah sebagai mati jahiliyah (As-Syakhsiah Islamiah, juz 2, bahagian 3, halaman 13,15 dan 29).<\/li>\n<li>Mendakwa Pemerintah, Ahli Parlimen dan para Ulama\u2019 Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur.<\/li>\n<li>Negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kafir (demokrasi) dan haram bagi umat Islam menyertai sistem kerajaan sama ada menubuhkan, menganggotai, menyokong dan bersemangat patriotisme.<\/li>\n<li>Menafikan istilah \u201cal-Qadha\u2019 wal Qadar\u201d.<\/li>\n<li>Berpegang kepada fahaman aqidah Qadariyyah.<\/li>\n<li>Aqidah siyasiyah (politik) lebih penting dari aqidah ruhiyyah (jasmani).<\/li>\n<li>Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi nabi dan rasul.<\/li>\n<li>Menolak sumber aqidah melalui hadis <em>Ahad <\/em>kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadis <em>Ahad<\/em> itu dalil <em>Zonni<\/em> (samar) sedangkan aqidah itu keyakinan yang memerlukan dalil Qot\u2019ei (jelas).<\/li>\n<\/ul>\n<h4>FATWA PENGHARAMAN PERTUBUHAN HIZBUT TAHRIR<\/h4>\n<h5>Pengwartaan Pengharaman<\/h5>\n<p>Beberapa negeri di Malaysia seperti Selangor dan Pahang telah mewartakan pengharaman pertubuhan ini. \u00a0Bagi Negeri Selangor fatwa pengharaman Hizbut Tahrir telah diwartakan di bawah seksyen 47 Jil 68 No.19 bertarikh 17 September 2015 yang menyebut seperti berikut:<\/p>\n<p style=\"padding-left: 30px;\">\u201cMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah:<\/p>\n<ul>\n<li>Menjadi ahli kumpulan dan mengamal ajaran Hizbut Tahrir<\/li>\n<li>Berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.<\/li>\n<li>Mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.<\/li>\n<li>Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, peniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.<\/li>\n<li>Melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Hizbut Tahrir.<\/li>\n<li>Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman ajaran Hizbut Tahrir.<\/li>\n<li>Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih.<\/li>\n<li>Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir.<\/li>\n<\/ul>\n<p style=\"padding-left: 30px;\">\u201cMana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Selangor \u201c<\/p>\n<h4>ANCAMAN HIZBUT TAHRIR TERHADAP ATM<\/h4>\n<h5><strong>Sasaran Hizbut Tahrir Terhadap Organisasi ATM<\/strong><\/h5>\n<p>Pertubuhan ini cuba menyebarkan fahaman dan menghasut masyarakat agar menolak sistem pemerintahan demokrasi yang diamalkan oleh negara Malaysia kerana mendakwa ianya \u00a0bersifat sekular dan wajib ditukar dengan sistem pemerintahan Islam berkhalifah. Bagi tujuan mengambil alih pemerintahan negara, mereka akan mengunakan pihak-pihak yang berkuasa dalam negara seperti Angkatan Tentera Malaysia untuk mengguling kerajaan sedia ada dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada mereka yang mana mereka namakan pendekatan tersebut dengan istilah \u0637\u0644\u0628 \u0627\u0644\u0646\u0635\u0631\u0629 (tolabun nusroh) yang bermaksud memohon kemenangan, pada waktu itu mereka akan membentuk kerajaan berkhalifah yang dipimpin oleh seorang khalifah Islam. Bagi mencapai misi tersebut mereka mula mendekati, menawan hati dan mendakwah pemimpin-pemimpin ATM dan anggota-anggotanya untuk menerima pertubuhan \u00a0mereka sehingga terhasil dakwah mereka secara total. \u00a0Mereka menggunakan saluran laman web, bahan bacaaan buku dan risalah serta kelas-kelas penerangan di seluruh Malaysia untuk menarik keahlian dan pengaruh kepada pertubuhan mereka.<\/p>\n<h5><strong>Kesan Terhadap Anggota ATM Yang Terlibat Dengan Pertubuhan Hizbut Tahrir<\/strong><\/h5>\n<p>Memandangkan Kerajaan Malaysia telah mewartakan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) \u00a0dan fatwa pengharaman Hizbut Tahrir oleh beberapa negeri, maka telah jelas bahawa pertubuhan Hizbut Tahrir adalah pertubuhan yang haram dan sesiapa yang terlibat dengan pertubuhan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung adalah salah di sisi undang undang negara dan juga di sisi agama Islam. Justeru itu, pertubuhan ini wajib disekat dari merebak di negara ini khususnya di dalam organisasi ATM berasaskan kaedah fiqh <em>sadd az-zara\u2019ei<\/em> (menyekat jalan-jalan kerosakan) dan <em>dar\u2019u al-mafasid muqoddam \u2018ala jalbi al-masolih<\/em> (menghalang keburukan lebih utama daripada membawa kebaikan) kerana pemikiran ekstrim yang dipegang oleh Hizbut Tahrir tentang konsep khilafah boleh membawa implikasi buruk kepada keharmonian aqidah dan keselamatan negara. Oleh yang demikian, setiap warga ATM dari segenap lapisan hendaklah menjauhi diri dari terlibat dengan pertubuhan ini demi menjamin dari disabitkan dengan salah laku jenayah yang natijahnya akan memberi kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga, kerjaya serta organisasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertubuhan Hizbut Tahrir adalah merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang bergerak cergas di Malaysia pada hari ini. Di Malaysia ia dikenali sebagai Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Hizbut Tahrir adalah bahasa arab yang membawa maksud Parti Pembebasan. Pertubuhan ini bukan sekadar bermotifkan politik untuk mengambil alih pemerintahan negara-negara di &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18941,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[18,14],"tags":[187,182,188,186],"class_list":["post-4820","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-keganasan","category-rencana","tag-ajaran-sesat","tag-ekstremisme","tag-hizbut-tahir","tag-radikalisme"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4820","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4820"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4820\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18941"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4820"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4820"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4820"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}