{"id":5823,"date":"2016-07-31T10:07:47","date_gmt":"2016-07-31T02:07:47","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=5823"},"modified":"2020-04-15T21:13:22","modified_gmt":"2020-04-15T13:13:22","slug":"anggota-wataniah-pertama-dan-termuda-terima-pgb-pw-ib-lelias-ibrahim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2016\/07\/31\/anggota-wataniah-pertama-dan-termuda-terima-pgb-pw-ib-lelias-ibrahim\/","title":{"rendered":"Anggota Wataniah Pertama dan Termuda terima PGB &#8211; PW I (B) Ielias Ibrahim"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-5830 alignleft\" src=\"https:\/\/btdmonline.net\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screen-Shot-2016-08-01-at-11.19.29-AM-201x300.png\" alt=\"Screen Shot 2016-08-01 at 11.19.29 AM\" width=\"174\" height=\"260\">[dropcap]S[\/dropcap]etiap&nbsp;keringat dan titisan darah anak watan dalam&nbsp;mempertahankan negara haruslah dihargai, kerana&nbsp;setiap pengorbanan yang dicurahkan tidak ternilai&nbsp;dengan wang ringgit. Maka kita sebagai generasi pelapis&nbsp;dalam mempertahankan kedaulatan negara harus&nbsp;sedar akan jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh&nbsp;perwira negara dahulu demi kedaulatan ibu pertiwi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Untuk itu pada siri kali ini, wartawan Berita Tentera&nbsp;Darat Malaysia, <strong>Kpl Suziana Selimin<\/strong> dan jurugambar&nbsp;<strong>Sjn Syuhaimi Saad<\/strong> menemui <strong>PW I (B) Ielias Ibrahim<\/strong>, 52,&nbsp;merupakan orang pertama yang dianugerahkan Pingat&nbsp;Pahlawan Gagah Berani (PGB) dalam Rejimen Askar&nbsp;Wataniah sebagai menghargai jasa dan keberaniannya&nbsp;menentang petualang negara pada tahun 1977. Untuk&nbsp;itu, ikutilah liku-liku perjalanan dan detik yang meninggalkan&nbsp;nostalgia dalam kehidupannya sebagai seorang&nbsp;anggota tentera.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSetelah menamatkan latihan pada tahun 1976, saya&nbsp;terus ditempatkan ke 11 Malaysian Teritorial Army (11&nbsp;MTA). Setahun selepas itu pada 1977 saya ditumpangkan&nbsp;pula ke 11 MTA dan ditugaskan ke kawasan Grik&nbsp;bagi memantau pembinaan Jalan Raya Timur Barat.&nbsp;Tanggal 15 Ogos 1977 iaitu sehari sebelum umat Islam&nbsp;menyambut Ramadan saya (pada masa itu prebet)&nbsp;diarahkan bersama empat anggota yang lain iaitu&nbsp;LKpl Zaki Shamsudin sebagai Ketua Seksyen, Pbt Abd&nbsp;Halim Hassan, Pbt Md Ali dan Pbt Tajuddin Yusof untuk&nbsp;mengambil bekalan makanan di Pos Lima&nbsp;kawasan yang sama yang terletak 20 km&nbsp;dari Kem Banding\u201d.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPada masa itu saya ditugaskan di Pos&nbsp;Lapan JTRB. Sebaik sahaja kami melewati&nbsp;Pos Enam, rakan saya Pbt Halim ternampak&nbsp;longgokan kulit binatang seperti baru sahaja&nbsp;ditinggalkan oleh pihak komunis. Seolah-olah kawasan&nbsp;tersebut menjadi tempat persinggahan mereka. Lantas&nbsp;Pbt Halim terus memaklumkan kepada LKpl Zaki namun&nbsp;tidak diendahkan dan beliau membuat keputusan untuk&nbsp;tetap meneruskan perjalanan ke Pos Lapan,\u201d jelas anak&nbsp;kelahiran Batu Kurau ini.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah meneruskan perjalanan lebih kurang 200 m&nbsp;dari tempat penemuan longgokan kulit binatang itu tadi&nbsp;kira-kira jam 0900 pagi, dengan tiba-tiba kumpulan mereka&nbsp;diserang oleh pihak komunis anggaran 30 orang dari&nbsp;atas bukit sebelah kanan mereka. Dalam keadaan yang&nbsp;kelam-kabut itu, rakan Ielias iaitu Pbt Md Ali telah&nbsp;terkena tembakan ketika sedang mencari kedudukan&nbsp;yang sesuai untuk berlindung begitu juga dengan Pbt&nbsp;Tajuddin. Malangnya, beliau terkorban pada ketika itu&nbsp;juga.<img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"wp-image-5832 alignleft\" src=\"https:\/\/btdmonline.net\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screen-Shot-2016-08-01-at-11.19.41-AM-300x206.png\" alt=\"Screen Shot 2016-08-01 at 11.19.41 AM\" width=\"258\" height=\"177\"><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cPada masa yang sama Pbt Halim turut terkena&nbsp;tembakan musuh semasa membuat tinjauan ke atas&nbsp;kedudukan musuh. Tembakan tersebut tepat mengenai&nbsp;perut, pinggang dan belakangnya. Beliau terus&nbsp;mengambil kedudukan meniarap dan tetap juga cuba&nbsp;melepaskan tembakan tetapi pada kali ini beliau ditembak&nbsp;pada bahagian bahu dan lengan kirinya pula. Bagi&nbsp;memastikan dirinya tidak terus menjadi sasaran pihak&nbsp;musuh, Pbt Halim berpura-pura mati dan ini berhasil&nbsp;apabila pihak komunis menyangka yang beliau telah&nbsp;benar-benar mati,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-5831 alignright\" src=\"https:\/\/btdmonline.net\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screen-Shot-2016-08-01-at-11.19.34-AM-300x176.png\" alt=\"Screen Shot 2016-08-01 at 11.19.34 AM\" width=\"300\" height=\"176\">Dalam keadaan itu, Ielias yang berada dari&nbsp;bawah bukit menjerit-jerit memanggil LKpl Zaki bagi&nbsp;membantunya. Tapi apakan daya jeritannya itu, tenggelam&nbsp;dalam bunyi tembakan peluru yang dilepaskan&nbsp;oleh pihak musuh. Selepas tiga jam insiden tembak-menembak&nbsp;itu, pasukan sahabat melepaskan tembakan&nbsp;mortar ke arah kedudukan musuh.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cSejam berlalu, tiba-tiba saya terdengar bunyi ketukan&nbsp;buluh oleh pihak komunis beserta arahan dalam&nbsp;bahasa Cina. Sejurus selepas itu, saya ternampak dua&nbsp;anggota komunis menuruni bukit. Tanpa berlengah lagi,&nbsp;saya terus melepaskan tembakan dan berjaya mengenai&nbsp;salah seorang daripada mereka.&nbsp;Seorang yang masih hidup itu cuba untuk mengambil&nbsp;senjata rakannya yang terbunuh tadi namun kesempatan&nbsp;ini tidak saya persiakan apabila melepaskan&nbsp;tembakan kedua dan tepat ke arahnya. Serta-merta&nbsp;komunis itu mati di tempat kejadian,\u201d terang beliau.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-5829 alignright\" src=\"https:\/\/btdmonline.net\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screen-Shot-2016-08-01-at-10.50.58-AM-300x199.png\" alt=\"Screen Shot 2016-08-01 at 10.50.58 AM\" width=\"300\" height=\"199\">Pada jarak 30 kaki, Ielias dapat melihat empat&nbsp;orang komunis yang mana salah seorang daripada&nbsp;mereka cuba bergerak menghampiri beliau manakala&nbsp;yang lain beransur-ansur meninggalkan tempat kejadian. Terlintas&nbsp;terus dalam fikiran beliau untuk berpura-pura&nbsp;mati dalam keadaan mata terbeliak. Beliau bernasib&nbsp;baik kerana taktiknya berjaya. Dengan semangat&nbsp;tidak kenal menyerah, sekali lagi beliau melepaskan&nbsp;tembakan dan tepat ke bahagian pinggang musuh.&nbsp;Akhirnya komunis tersebut rebah di situ jua.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Setelah keadaan beransur reda, Ielias terus&nbsp;mendapatkan Pbt Halim yang cedera parah. Pada&nbsp;1600 pasukan sahabat dari Pos Lima JTRB tiba bagi&nbsp;membantu mereka. Anggota pasukan keselamatan&nbsp;yang tercedera dan terkorban telah di bawa ke Pos&nbsp;Lima JTRB dan diterbangkan dengan pesawat Nuri ke&nbsp;Markas Taktikal di Banding.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ielias pula beliau dibawa ke Hospital&nbsp;Ipoh untuk menjalani rawatan kerana hanya mengalami&nbsp;luka-luka kecil akibat pertempuran tersebut.&nbsp;Semasa di hospital, beliau menerima khabar pihak&nbsp;pengganas komunis menghubungi pasukannya untuk&nbsp;menyerang balas atas kematian rakan-rakan mereka.&nbsp;Lantas kawalan keselamatan diperketatkan di hospital&nbsp;bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini&nbsp;berlaku. Sehinggakan saudara-mara hendak datang&nbsp;melawat beliau pun terpaksa menjalani pemeriksaan&nbsp;yang teliti. Namun tiada kejadian yang tidak diingini&nbsp;berlaku.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Atas kerana keberaniannya yang sungguh luar biasa&nbsp;membunuh tiga orang pengganas komunis termasuk&nbsp;seorang wanita, pada bulan dan tahun yang sama,&nbsp;PW I (B) Ielias yang pada ketika itu berusia 21 tahun&nbsp;telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani&nbsp;(PGB) pada 29 Ogos 1977 oleh Yang di-Pertuan Agong,&nbsp;Sultan Yahya Petra Ibni Almarhun Sultan Ibrahim di Istana&nbsp;Negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><a href=\"https:\/\/btdmonline.net\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screen-Shot-2016-08-01-at-11.19.52-AM.png\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-5833 alignleft\" src=\"https:\/\/btdmonline.net\/wp-content\/uploads\/2016\/08\/Screen-Shot-2016-08-01-at-11.19.52-AM-241x300.png\" alt=\"Screen Shot 2016-08-01 at 11.19.52 AM\" width=\"241\" height=\"300\"><\/a>Dan pada 12 Dis 1977, Sultan Perak ketika itu, Sultan&nbsp;Idris Shah telah berkenan menganugerahkan PW I(B)&nbsp;Ielias Pingat Keberanian Handalan (PKH) sempena Hari&nbsp;Keputeraan Baginda.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Beliau kemudiannya diserapkan sebagai anggota&nbsp;tetap ke 9 Rejimen Renjer Diraja pada 1 Nov 1979 dan&nbsp;menamatkan perkhidmatan pada 1998 di unit terakhirnya&nbsp;Universiti Sains Malaysia sebagai Sarjan Mejar&nbsp;Rejimen untuk PALAPES.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Bapa kepada empat orang cahayamata kini mengusahakan&nbsp;perniagaan makanan secara kecil-kecilan&nbsp;yang dibantu isteri tercinta, Aznah Abdul Rahman bagi&nbsp;menambah pendapatan apatah lagi tiga daripada&nbsp;anaknya masih belajar. Manakala anak sulung beliau&nbsp;pula mengikut jejak langkahnya menyertai Tentera Darat&nbsp;dan kini sedang menjalani latihan lanjutan di Melaka&nbsp;dalam Kor Perkhidmatan Diraja.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Di akhir perbualan beliau turut berpesan kepada&nbsp;anggota tentera yang baru agar sentiasa mengenang&nbsp;segala jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan&nbsp;oleh pejuang terdahulu dalam mempertahankan&nbsp;kedaulatan negara tercinta.<\/p>\n<blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">\u201cMereka seharusnya lebih menghargai keamanan&nbsp;dan keharmonian yang dikecapi terkini. Tanpa golongan&nbsp;seperti saya dan sahabat yang terkorban ketika&nbsp;menentang pengganas komunis dahulu tak mungkin&nbsp;negara kita berada dalam situasi seperti sekarang.&nbsp;Bersyukur dan berterima kasihlah kepada barisan atau&nbsp;benteng pertahanan negara yang sanggup meninggalkan&nbsp;keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai&nbsp;demi erti sebuah perjuangan yang sebenar,\u201d kata bekas&nbsp;penuntut Sek Men Khir Johari, Sungai Sumun, Perak ini.<\/p>\n<\/blockquote>\n<p style=\"text-align: justify;\">[box type=&#8221;info&#8221; align=&#8221;&#8221; class=&#8221;&#8221; width=&#8221;&#8221;]Artikel ini diterbitkan&nbsp;&nbsp;dalam Majalah BTDM&nbsp;keluaran 192[\/box]<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap&nbsp;keringat dan titisan darah anak watan dalam&nbsp;mempertahankan negara haruslah dihargai, kerana&nbsp;setiap pengorbanan yang dicurahkan tidak ternilai&nbsp;dengan wang ringgit. Maka kita sebagai generasi pelapis&nbsp;dalam mempertahankan kedaulatan negara harus&nbsp;sedar akan jasa dan bakti yang pernah dicurahkan oleh&nbsp;perwira negara dahulu demi kedaulatan ibu pertiwi. Untuk itu pada siri kali ini, wartawan Berita Tentera&nbsp;Darat Malaysia, Kpl Suziana Selimin dan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":19284,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[153,14],"tags":[157,194,195,196,197],"class_list":["post-5823","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-pengorbanan","category-rencana","tag-askar-wataniah","tag-ielias-ibrahim","tag-pengorbanan","tag-pgb","tag-pkm"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5823","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5823"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5823\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/19284"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5823"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5823"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5823"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}