{"id":6261,"date":"2016-09-04T20:23:41","date_gmt":"2016-09-04T12:23:41","guid":{"rendered":"https:\/\/btdmonline.net\/?p=6261"},"modified":"2016-09-04T20:23:41","modified_gmt":"2016-09-04T12:23:41","slug":"tldm-johan-menembak-antara-perkhidmatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/2016\/09\/04\/tldm-johan-menembak-antara-perkhidmatan\/","title":{"rendered":"TLDM Johan Menembak Antara Perkhidmatan"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><strong>SELANGOR:<\/strong> Pasukan Menembak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) muncul juara dalam Kejohanan\u00a0Menembak Antara Perkhidmatan Tahun 2016 yang mana majlis penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin bertempat di Lapang Sasar Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) pada 4 Sep 2016.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kejohanan pada tahun ini menyaksikan kehebatan Penembak TLDM bagi kedua-dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita dengan masing-masing mendahului senarai dengan pungutan pingat kategori lelaki sebanyak 15 pingat emas diikuti Tentera Darat Malaysia (TDM) sebanyak dua\u00a0pingat emas dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) satu\u00a0pingat emas.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Manakala kategori wanita pula TLDM mendahului dengan sembilan\u00a0pingat emas, TDM satu\u00a0pingat emas dan TUDM satu\u00a0pingat gangsa dengan penglibatan penembak seramai 150 penembak dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PTL dalam ucapannya menzahirkan sekalung ucapan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengelolakan kejohanan ini dengan baik dan bermutu serta berasa yakin dengan penganjuran kejohanan ini mampu mencapai objektif dalam usaha mentransformasikan seorang warga tentera yang biasa kepada luar biasa.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8216;Tahniah saya ucapkan kepada penembak yang berjaya dan saya berharap kepada yang kurang bernasib baik agar tidak berputus asa dengan menguatkan lagi latihan untuk muncul juara di kejohanan yang akan datang pada tahun hadapan,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Turut hadir,\u00a0Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Dato\u2019 Anuwi Hassan,\u00a0Ketua Staf MK ATM\u00a0Lt Jen Datuk\u00a0HJ Sabri Adam, Panglima Bantuan Udara Lt Jen Dato\u2019 Hj Abdul Mutalib\u00a0 Datuk Hj Ab Wahab, Inspektor Jeneral (IJ), Mej Jen Dato\u2019 Abu Muslim Ismail dan Pengarah Pengurusan Latihan (PPL) Markas Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPL&amp;TD), Brig Jen Muhammad Anwar Abdullah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SELANGOR: Pasukan Menembak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) muncul juara dalam Kejohanan\u00a0Menembak Antara Perkhidmatan Tahun 2016 yang mana majlis penutup serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin bertempat di Lapang Sasar Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) pada 4 Sep 2016. Kejohanan pada tahun ini menyaksikan &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6263,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":"","_links_to":"","_links_to_target":""},"categories":[279,28,40],"tags":[1010],"class_list":["post-6261","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bersamapemimpin","category-semasa","category-sukan","tag-menembak-antara-perkhidmatan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6261","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6261"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6261\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/btdmonline.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}