KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan (MENHAN), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima Kunjungan Hormat daripada MENHAN Thailand, Lt Jen Adul Boonthumjaroen di Wisma Pertahanan sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia pada 14 Jul 2026.
Sejurus tiba, MENHAN Thailand menerima tabik hormat sebelum memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota LLP diketuai oleh Mej Mohammad Akmal Hakim Sabarudin dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).
Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Thailand sekali gus mencerminkan komitmen bersama kedua-dua negara dalam memperkasakan keamanan, kestabilan serta keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.
Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Seri Hj Malek Razak Sulaiman, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali
Gambar: Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Muhammad Ammar Najmie Misran

