KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman telah menerima Kunjungan Hormat daripada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brig Jen Aldi Hj Hassan di Wisma Pertahanan sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia pada 11 Ogos 2026.
Sejurus tiba, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei menerima tabik hormat sebelum memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat diketuai oleh Mej Nor saifullah mahmad@mohammed dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).
Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Brunei sekali gus mencerminkan komitmen bersama kedua-dua negara dalam memperkasakan keamanan, kestabilan serta keselamatan serantau selain komitmen dalam latihan bersama.
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat.
Gambar: Sjn Mohamad Ammirul Ashraf Asri, Kpl Mohammad Fadzil Akirul & Pbt Muhammad Ammar Najmie Misran



