Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Kolonel Yang DiPertua Rejimen Askar Jurutera DiRaja (Kol YDP RAJD) bercemar duli berangkat ke Skuadron Ke-11 Rejimen Askar Jurutera Diraja (Mekanize) Kem Batu 3 pada 12 Ogos 2026.
Aturcara keberangkatan DYMM Kol YDP RAJD dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Pemerintah 11 Skn RAJD (Mek), Mej Ir Ts. Mohd Afiq Anhar bertempat di Rumah Tamu Kem Batu 3.
Seusai taklimat, DYMM Kol YDP RAJD berangkat ke Padang Latihan Rejimen Ketujuh Artileri Diraja (7 RAD) bagi menyaksikan demonstrasi Latihan Keupayaan 11 Skn RAJD (Mek) dalam Operasi Pembersihan Halangan dimana operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk pembersihan halangan bagi memastikan pergerakan elemen-elemen Tentera Darat dapat digunakan dengan selamat, lancar serta berkesan.
DYMM Kol YDP RAJD juga berkesempatan melawat Pameran Statik yang mempamerkan keupayaan peralatan yang digunakan dalam Operasi Pembersihan Halangan dan diteruskan dengan acara bergambar.
Acara diakhiri dengan menandatangani buku lawatan dan berangkat ke Dewan Makan 11 Skn RAJD (Mek) bagi menyempurnakan santapan tengah hari.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Khairul Azmizal Ahmad Natal dan Pengerusi RAJD, Brig Jen Ts. Sharuddin Mohd Noh.
Gambar oleh : Sjn Mohamad Ammirul Ashraf Asri, LKpl Nik Ahmad Asyraaf Nik Husein dan Pbt Muhammad Ammar Najmie Misran

