Bersama PemimpinLatihanSemasa

Pembukaan Eksesais HARINGGAROO Siri 76/2026

KUALA LUMPUR: Seramai 23 pegawai dan 401 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam perbarisan Pembukaan Eksesais HARINGAROO Siri 76/2026 yang telah dirasmikan oleh Panglima Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd), Brig Jen Dato’ Pahlawan Safwan @ Asri Ismail bertempat di Padang Kawad MK 11 Bgd pada 17 Sep 2026.

Acara dimulakan dengan upacara pemakaian toha bagi pelantikan jawatan sepanjang eksesais dilaksanakan dan diikuti penyerahan bendera sebagai simbolik kepada permulaan latihan.

Eksesais ini merupakan salah satu latihan bilateral yang diadakan secara tahunan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan Australian Army yang bermula 17 hingga 28 Sep 2026.

Dalam ucapan Panglima 11 Bgd menyatakan bahawa acara sebegini akan terus memperkukuhkan hubungan persahabatan, kepercayaan dan persefahaman profesional yang telah dibina selama ini.

“Hubungan pertahanan kita berteraskan Malaysia–Australia Joint Defence Programme yang telah dimeterai melalui Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada 17 Feb 1992.

“Dalam kerangka Eksesais HARINGAROO terus menjadi platform penting dalam meningkatkan interoperabiliti, membangunkan persefahaman profesional serta memperkukuhkan hubungan peribadi antara anggota kedua-dua angkatan.

“Ia juga menjadi wadah untuk bertukar-tukar pengetahuan dan paling penting meningkatkan keberkesanan serta kesiagaan didalam sesuatu operasi yang akan datang.

“Daripada keseluruhan perkara yang telah saya nyatakan, melalui eksesais ini kita bukan sahaja melihat kepada Return on Investment (ROI), tetapi kita juga perlu memberikan penekanan kepada Return of Value (ROV),” jelasnya.

Latihan ini melibatkan pasukan dari Rejimen Kelapan Askar Melayu Diraja (8 RAMD), Rifle Company Butterworth Kontinjen 153, dengan tumpuan latihan kepada operasi ofensif bersama dalam konteks peperangan konvensional serta operasi di kawasan binaan atau built-up areas.

Turut hadir, Staff Officer Malaysia-Australian Defence Programme, Lieutenant Colonel Phil Kennedy, Commanding Officer 2/30 Traning Group Rifle Company Butterworth, Lieutenant Colonel Adam Seary dan KS MK 11 Bgd, Lt Kol Muhammad Shazarikh Shaad.

Gambar oleh: LKpl Tuan Mohammad Farizal Tuan Dir

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button