LawatanProfil Pasukan

Lencana Berkuda Simbol Pengiktirafan Kepakaran Anggota KAD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Azhan Hj Md Othman menyempurnakan upacara Pemakaian Lencana Kepakaran Berkuda dan Penamaan Anak Kuda yang berlangsung di Skuadron Istiadat Berkuda (SIB), Kem Sungai Buloh pada 28 Sep 2026.

Ketibaan PTD di Balai Pengawal SIB disambut oleh Kawalan Kuarter Berkuda sebelum dibawa ke Mounted Club bagi mendengar taklimat ringkas berkaitan pengurusan kuda.

Majlis diteruskan dengan demonstrasi oleh juruladam di Stable C, diikuti persembahan trup berkuda di Main Arena yang menampilkan acara Show Jumping, Tent Pegging, Horseback Archery dan Tatu (Musical Ride) sekali gus memperlihatkan kemahiran, ketangkasan serta tahap penguasaan anggota dalam bidang berkuda.

Acara kemuncak menyaksikan PTD menyempurnakan upacara pemakaian Lencana Kepakaran Berkuda kepada seorang pegawai dan dua anggota sebagai simbolik pengiktirafan terhadap mereka yang telah memenuhi syarat serta mencapai tahap kompetensi dalam bidang kepakaran berkuda khususnya di dalam KAD.

Seterusnya, majlis turut diserikan dengan gimik penamaan anak kuda yang diberi nama Maya sebelum diteruskan dengan acara Joy Ride serta sesi menandatangani buku lawatan.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat dan Pengerusi KAD, Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin.

Gambar: Kpl Kenny Roy Jellis, Pbt Nanatasha Ngadan & Pbt Muhammad Ammar Najmie Misran

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button